Filem Malaysia pertama


FILEM dalam bentuk tiga dimensi (3D) kini menjadi fenomena di pawagam. Sebut apa sahaja filem terbaru di pasaran baik Toy Story 3 mahupun The Twilight Saga: Eclipse semuanya boleh dinikmati di layar lebar menerusi teknologi canggih tersebut.

Sehubungan itu, filem Malaysia tidak terkecuali bakal mengaplikasi teknologi tersebut. Bakal mencipta sejarah itu ialah filem kedua menampilkan watak animasi popular, Upin dan Ipin yang kali ini diberi judul, Laksamana Upin dan Ipin.

Filem yang dijadualkan bagi tayangan pada tahun 2012 di bawah produksi Les Copaque itu diinspirasikan dari siri televisyen Upin dan Ipin berjudul, Kembara ke Pulau Harta Karun.

Pihak produksi tersebut juga kini sedang giat menjalankan usaha bagi meningkatkan kualiti filem tersebut dari segi teknikal berbanding filem pertama Upin dan Ipin, Geng:Pengambaraan Bakal Bermula.

Menurut pengarah kreatif filem tersebut, Muhammad Usamah Zaid Yasin, pihaknya kini sedang menjalankan penyelidikan tentang teknologi streoscopic bagi membangkitkan kesan 3D ke tahap optimum.


"Laksanama Upin dan Ipin bakal menampilkan Upin dan Ipin menerokai lautan serta memerangi cabaran dan rintangan yang dihadapi.

"Terdapat elemen-elemen dan suasana kisah pengembaraan lanun, menjadikan ia sebuah filem aksi pengembaraan yang sangat menarik untuk ditonton oleh semua peringkat umur.

"Kami juga berazam untuk menjadikan Laksamana Upin dan Ipin sebagai filem animasi 3D streoscopic yang pertama di Malaysia," katanya pada sidang media filem itu di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam baru baru ini.

Jelasnya, terdapat beberapa perubahan pelakon suara dalam musim ini kerana pihak produksi sebenarnya berusaha untuk memberi ruang kepada bakat bakat baru dalam siri Upin dan Ipin.

"Pihak kami sememangnya sentiasa mencungkil bakat dan memberi ruang kepada bakat-bakat baru dalam siri Upin dan Ipin untuk berkembang, "ujarnya.

Watak Upin dan Ipin kini dibawakan oleh adik Asyiela Putri Azahar, Mei Mei (Tan Ying Swork), Cikgu Jasmin (Nurul Huda Sharabuddin) dan watak sampingan Dzul dan Ijat dibawakan oleh Mohd Amirul Zarizan dan Muhammad Izzat Ngathiman,"

Sebelum ini, filem Geng: Pengambaraan Bermula yang mula ditayangkan pada Februari tahun lepas telah mencatat fenomena luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan kedua tertinggi dalam sejarah perfileman iaitu sebanyak RM6.3 juta hasil jualan tiket tayangan di pawagam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)