Jutawan M'sia dan Paris Hilton ditangkap di Paris


Ahli perniagaan muda yang memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditangkap bersama rakan selebriti Hollywoodnya, Paris Hilton oleh pegawai polis Perancis telah disahkan namanya ialah Jho Taek Low.

Jho yang juga salah seorang pengarah di dalam syarikat milik berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak iaitu UBG Bhd dikatakan berjaya memenangi kontrak sebanyak RM500 juta untuk membangunkan semula kem Tentera Udara di Sungai Besi ditahan di lapangan terbang Corsica, sebuah pulau peranginan di Perancis.

Beliau dan Paris Hilton ditahan selepas anjing pengesan dadah telah mengesan marijuana yang ditemui dalam beg anak pewaris jenama hotel terkemuka Hilton itu. Namun begitu, Taek telah dibebaskan selepas disoal siasat selama 30 minit.

Nama Taek yang mula didengari dan timbul di negara ini selepas kisah-kisah borosnya apabila berbelanja berjuta-juta ringgit untuk bersama-sama rakan kenalan Hollywoodnya di Amerika Syarikat terutamanya untuk berparti. Kekayaan beliau yang amat tidak munasabah kerana berumur 28 tahun dan tidak datang dari keluarga-keluarga yang kaya di Malaysia.

Beliau adalah anak kelahiran Pulau Pinang dan pernah belajar di Wharton Business School di Universiti Pennsylvania. Taek dikatakan rapat dengan anak Perdana Menteri yang bernama Riza dan turut mengenali dengan isteri PM tersebut.

Taek dikatakan menjadi penasihat untuk beberapa syarikat multinasional di dalam bidang minyak dan gas serta pembinaan. Hubungannya yang rapat dengan seorang jutawan di Kuwait juga menguatkan isu kekayaannya yang menjangkau berpuluh jutaan ringgit.

Pakatan Rakyat telah mendesak SPRM menyiasat punca-punca harta kekayaan yang diperolehi oleh Taek.

- sumber KLToday.com

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)