Lady Gaga kuat membazir


PENYANYI berimej pelik, Lady Gaga telah menghabiskan wang sebanyak AS$25,000 (RM75,000) untuk menyewa sebuah rumah mewah yang bernilai RM15 juta di Los Angeles. Dia yang popular dengan lagu Paparazzi itu telah menyewa sebuah rumah itu di kawasan kejiranan Bel Air.

Menurut laporan, hartanah itu mempunyai keluasan tanah satu ekar, sebuah kolam renang besar serta penghuninya boleh menikmati pemandangan indah Hollywood dan Lautan Pasifik.

Kata satu sumber: "Lady Gaga sedang menjalankan konsert jelajah sehingga April 2011 nanti. Jadi ini bermaksud rumah yang disewanya itu akan ditinggalkan kosong begitu sahaja."

Mungkin, pembayaran sewa itu amat mahal bagi sesetengah pihak tetapi bagi Lady Gaga yang menerima RM3 juta daripada peminatnya kerana mahu terlibat dalam klip videonya, wang bukan satu masalah.

Seorang jutawan Rusia yang dikenali sebagai Arkady, telah memberikan wang tersebut bulan lalu supaya dapat membintangi video lagu Alejandro bersama penyanyi berusia 24 tahun itu. Anda boleh melihat wajah lelaki itu dalam klip tersebut yang menjayakan watak polis dengan memakai kot serta topi berkulit hitam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)