Paris Hilton nafi buat tabik Nazi


LOS ANGELES - Selebriti Paris Hilton menafikan dia membuat tabik hormat gaya Nazi semasa berparti di sebuah kapal layar mewah, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun bukan satu jenayah, masyarakat Barat menganggap perbuatan itu biadab kerana ia dikaitkan dengan rejim Nazi diketuai pemimpin Jerman, Adolf Hitler yang membunuh berjuta-juta orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

Namun, seorang jurucakap selebriti berusia 29 tahun itu memberitahu akhbar MailOnline bahawa Paris sedang menari dan pada masa yang sama, menggaru mukanya ketika gambarnya dirakamkan di kawasan peranginan St Tropez, Perancis baru-baru ini.

"Dia gemar menari dengan tangannya ke udara dan semasa gambarnya dirakamkan dia sedang menggaru mukanya. Paris juga tidak memakai topi komunis ketika itu. Topi tersebut merupakan topi gaya tentera dari sebuah kelab malam," kata jurucakap berkenaan.

"Dia tidak mungkin melakukan perbuatan yang mencemar sensitiviti banyak pihak itu kerana Paris sendiri berketurunan Yahudi," tambahnya.

Tabik hormat Nazi dilakukan dengan mendepakan sebelah tangan ke hadapan sehingga ke paras muka.

Sebelum ini media selebriti di Barat melaporkan dia berada bersama jutawan Malaysia, Taek Jho Low dan adiknya Zhen Low di St. Tropez, Perancis dengan menghadiri sesi fotografi dan berpesta di kelab malam. - Agensi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)