Prateik buang imej metroseksual


DIA meraih pujian menerusi imej metroseksual dirinya ketika berlakon dalam filem, Jaane Tu...Ya Jaane Na.

Namun, pelakon dan model Prateik Babbar bakal merubah penampilannya itu seratus peratus menerusi filem terbaru lakonannya, Milan Talkies.

Laporan agensi berita India, IANS, menyebut, Prateik Babbar akan mengubah imej metroseksualnya di samping mempelajari dialek Uttar Pradesh bagi menghidupkan karakter pemuda yang tinggal di sebuah bandar kecil di Uttar Pradesh.

Menurut pengarah filem itu, Tigmanshu Dhulia: "Sebenarnya Irrfan Khan terpilih bagi karakter ini, tetapi disebabkan dia telah mengalami kecederaan semasa menjalani penggambaran filem Paan Singh Tomar, justeru kami terpaksa memilih aktor lain."

Tambahnya: "Saya terus teringatkan Prateik kerana dia memiliki ciri-ciri gelap dan tegang seperti mana mendiang ibunya, aktres Smita Patil. Saya menyukai lakonannya dalam Jaane Tu...Ya Jaane Na. Dan biarpun saya tidak pernah menonton lakonannya dalam filem Dhobi Ghat yang mana dia melakonkan watak pemuda yang juga tinggal di sebuah bandar kecil, saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Prateik."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)