Tampan Cannavaro


BARU-BARU ini hasil undian laman web www.BeautifulPeople.com, mendedahkan kapten pasukan Itali, Fabio Cannavaro, 37, diundi sebagai pemain paling tampan dalam perlawanan Piala Dunia 2010 (FIFA) di Afrika Selatan.

Pengumuman tersebut secara tidak langsung membuktikan orang ramai bukan sahaja mengagumi kehebatan Cannavaro beraksi di atas padang malah keperibadian dan gaya penampilannya turut menjadi perhatian.

Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu sebelum ini pernah tampil dengan potongan rambut lurus paras leher dan juga gaya pendek terpacak.

Setiap kali mengubah gaya rambut, ia tetap membuatkan Cannavaro kelihatan ideal seiring ketampanan wajahnya. Selain itu, ramai yang menyifatkan bulu keningnya yang hitam dan lebat antara signatur istimewa yang dimiliki Cannavaro.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)