Amy jadi Janis


SAH! Amy Adams telah dipilih untuk membawa karakter Janis Joplin dalam biografi epik penyanyi tersebut menerusi filem Janis Joplin: Get It While You Can.

“Berita tersebut (Amy bawa watak Janis) adalah benar,” ujar agensi aktres tersebut kepada majalah Rolling Stone tentang pembabitannya dalam filem yang bakal diarah oleh Fernando Meirelles itu.

Pemilihan Amy sebagai pembawa watak figura legenda muzik itu bukan sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana aktres tersebut sebelum ini pernah membawa watak penulis Julie Powell dalam filem Julie & Julia pada tahun 2009 yang mengisahkan tentang perjalanan hidup penulis terkenal tersebut.

Bagaimanapun, informasi yang lain tentang filem tersebut masih belum diketahui, namun ia dijangka memulakan penggambaran pada tahun 2011.

Menurut sumber, skrip filem tersebut dimiliki Fox Searchlight yang ditulis oleh Ron Terry. Sementara, dua individu yang bertanggungjawab terhadap kemunculan filem saga Twilight, Marty Bowen Wyck Godfrey dijangka menjadi penerbit biografi epik tersebut.

Bukan pertama kali diterbitkan, kisah kehidupan Janis sebelum ini pernah diterbitkan dalam bentuk dokumentari menerusi beberapa versi. Malah, pada tahun 2003, aktres Renee Zellweger dikatakan bakal membawa watak Janis dalam filem yang diberi judul Piece of My Heart sebelum projek filem tersebut ‘beku’ begitu sahaja.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)