Bekas aktres lucah sedih bos HP letak jawatan


SAN FRANCISCO - Bekas pelakon filem lucah, Jodie Fisher sedih kerana dakwaan skandal gangguan seksual yang dilaporkannya menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Hewlett-Packard, Mark Hurd meletakkan jawatan pada Jumaat lalu.

Dalam pendedahan julung kali kepada sebuah akhbar Amerika Syarikat (AS) kelmarin, ibu tunggal seorang anak lelaki itu terperanjat dengan pengumuman mengejut Hurd, 53, yang melepaskan jawatan setelah memegangnya sejak 2006.

"Saya amat terkejut dan sedih apabila dia kehilangan jawatan kerana skandal dengan saya. Ia bukan niat saya menyebabkan keadaan itu terjadi," kata Fisher yang berumur 50 tahun pada satu kenyataan menerusi peguamnya, Gloria Allred.

Namun, lembaga pengarah HP dalam mesyuaratnya kelmarin bersetuju sebulat suara menerima peletakan jawatan Hurd tetapi bukan kerana alasan gangguan seksual

Sebaliknya, peguam HP, Mike Holston berkata, peletakan jawatan itu disebabkan beliau memalsukan fail bagi menyembunyikan hubungannya dengan Fisher apabila membuat bayaran pampasan kepada bekas pelakon lucah tersebut tanpa tujuan perniagaan.



Hurd menerima gaji pemberhentian sebanyak AS$12.2 juta (RM38.4 juta) dan pampasan AS$97.8 juta (RM307.8 juta) kerana usahanya selama tiga tahun bagi memajukan firma itu yang bermasalah sebelum ini.

Kes skandal Hurd dengan Fisher itu bermula Jun lalu apabila bekas pelakon lucah tersebut memfailkan laporan gangguan seksual ke atas Hurd dan HP sepanjang dia bertugas sebagai kontraktor HP dari akhir 2007 hingga tahun lalu. - Agensi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)