Blake mahu tarik diri


BINTANG utama Gossip Girl, aktres jelita Blake Lively dilaporkan telah merayu supaya penerbit siri popular TV itu mematikan watak lakonannya dalam siri tersebut. Blake yang bercinta dengan teman gandingannya dalam siri itu, aktor Penn Badgley enggan lagi melakonkan karakter Serena van der Woodsen atas alasan sudah keletihan menjalani penggambaran siri tersebut.

Satu sumber memberitahu majalah Heat: "Blake sudah letih berlakon Gossip Girl. Ketika mula-mula berlakon siri itu dia sangat teruja dan seronok, namun selepas masuk musim keempat, Blake mulai berasa bosan dengan karakternya itu.

"Biarpun dia berlakon di samping teman lelakinya, Penn namun itu gagal menghalang hasratnya untuk meninggalkan siri popular TV itu," ujar sumber tersebut.

Biarpun, hasratnya itu belum dipersetujui oleh penerbit Gossip Girl, Blake dikatakan telah mencadangkan beberapa plot bagaimana wataknya itu akan ditamatkan.

Tambah sumber tersebut: "Serena merupakan watak paling dramatik dalam Gossip Girl tetapi Blake merasakan ia patut dimatikan juga dengan penuh dramatik, salah satunya Serena digambarkan sebagai mati membunuh diri."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)