Bukan nafsu muda!


MENDADAK popular selepas membongkar kemelut rumah tangga dan perceraian bersama penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy pada 15 Julai tahun lalu, Maizawati Zainal, 35, membikin satu lagi kejutan. Dia menikahi pemuda berusia 23 tahun, Mohd Yassin Ben @ Abd Rahim yang berasal dari Sabah.

Perbezaan usia 12 tahun lebih muda daripadanya, itu sesuatu yang di luar logik akal bagi kebanyakan orang. Apatah lagi Maiza sendiri seorang ibu kepada enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan yang gagal sebelum ini.

Perkahwinan kali ini adalah yang ketiga buat Maiza dan baru kali pertama buat Yassin.

Emosi bulan madu Maiza sedikit terganggu dek salah faham soal jemput-menjemput dengan bekas suaminya, Akhil, selebihnya lagi, bisik-bisik perihal perkahwinannya dengan Yassin masih diperkatakan.

Suami hampir sebaya dengan anak sendiri dan sengaja memilih pucuk muda, itu antara pandangan yang dilemparkan kepada Maiza.

Sebagai informasi, hasil perkahwinan pertamanya Maiza yang juga jurucakap produk kopi kolagen Nudella dan kerongsang Chantek-Chantek itu telah dikurniakan dua orang anak, Deanna Sofea, 17, dan Daniel Arif, 16. Empat lagi anaknya, Siti Nor Maisarah, 13, Muhammad Shariff Hidayatullah, 12, Muhammad Shakir Hidayatullah, 9, dan Muhammad Shatiri Hidayatullah, 3, merupakan hasil perkongsian hidupnya selama bersuamikan Akhil.

Sensasi Bintang: Bagaimana situasi anda dan suami kini?

MAIZAWATI: Alhamdulillah, saya sangat lega kerana semuanya sudah selesai. Walaupun sederhana, majlis akad nikah kami berlangsung meriah.

Saya sendiri tidak menyangka begitu kerana persiapannya mengambil masa selama seminggu sahaja.



Kenapa berkahwin dengan lelaki muda?

Walaupun dia muda tetapi matang dan penuh dengan kasih sayang. Anak-anak saya juga dapat menerima dengan baik sejak kali pertama mereka bertemu.

Kami berdua juga begitu, kami rasa seperti sudah lama kenal seolah-olah pernah dipertemukan pada satu zaman yang lain.

Soal lelaki muda, sebenarnya bukan hanya Yassin, ramai lagi lelaki 20-an lain yang datang kepada saya, tetapi semuanya saya tolak.

Hati saya ini milik Allah 100 peratus dan saya tidak boleh menolak takdir, memang ikutkan logik perkahwinan saya ini tidak logik.

Bukan saya sengaja cari lelaki muda, banyak kali juga saya tunaikan solat sunat istikharah tetapi macam ada satu magnet antara kami, semakin saya cuba menjauhkan diri semakin kami diberikan ruang untuk bersama.

Mungkin ada hikmah dan saya terima perkahwinan ini sebagai ujian daripada-Nya.

Apa istimewanya bersuami lelaki muda?

Bagi saya dia (Yassin) sangat jujur. Kadang-kadang orang yang lebih berusia hanya suka mengambil hati tetapi Yassin walaupun ada yang kata dia masih 'budak' berbanding saya, dia bukan begitu.

Dia akan kritik saya jika apa yang dirasakannya tidak betul. Saya sendiri ada pengalaman dan sudah 'terkena' dengan suami yang lebih berusia.

Lagipun perkahwinan haruslah sesuatu yang menenangkan, mungkin saya dilihatnya sebagai wanita yang matang dan tidak banyak perangai.

Apa panggilan terhadap suami? Terfikirkah bagaimana hendak memanggil Yassin dengan panggilan 'abang'?

Saya tidak pernah membahasakan dirinya sebagai abang tetapi 'sayang'. Dia juga membahasakan saya dengan panggilan 'sayang'.

Bagi saya, tidak memanggil suami dengan panggilan abang bukan bermakna isteri tidak menghormati suami. Saya mahu hubungan ini berlandaskan kemesraan, bukan atas dasar hormat semata-mata.

Bagaimana dengan nafsu muda? Jika itu yang bermain di fikiran ramai, apa komen anda?

Perkahwinan atas dasar nafsu tidak akan ke mana. Berapa lama sangat setiap pasangan suami isteri itu ambil masa untuk berada di atas katil?

Tetapi perkara utama yang harus difikirkan ialah bagaimana untuk menguruskan masa 24 jam sehari selama tempoh perkahwinan.

Saya pernah minta dia (Yassin) untuk cari wanita yang lebih muda dan cantik berbanding saya. Kalau kerana nafsu, dia sendiri tidak pilih saya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)