Fedi dua kali patah hati


PATAH hati merupakan pengalaman yang menyakitkan apatah lagi kalau terpaksa melaluinya beberapa kali dalam hidup. Pelakon kacak yang terkenal menerusi filem Garasi, Fedi Nuril turut mengalami perasaan yang sama.

"Saya pernah rasa patah hati, mungkin dua kali, hingga membuatkan saya malas untuk mengingatinya lagi," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran filem Aku Atau Dia.

Bagaimanapun, Fedi ada cara untuk berhadapan dengan momen buruk tersebut.

"Saya suka menyendiri. Tidak mahu melakukan apa-apa. Saya ingin duduk di rumah sahaja. Situasi itu kadangkala berterusan selama lebih seminggu," ujarnya yang mengaku akan mencintai seseorang itu dengan sepenuh hati.

"Saya akan bercinta dengan sepenuh hati. Jadi, bila disakiti, untuk melupakannya boleh mengambil masa berbulan-bulan," tambahnya.

Namun, walaupun pernah patah hati dengan teruk sekali, Fedi tidak pernah terfikir untuk membunuh diri seperti yang dilakukan oleh beberapa selebriti luar negara. "Kalau ada yang harus mati, dialah (bekas kekasih) yang harus mati kerana dia yang menyakiti," ungkapnya lagi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)