Hafiz ceburi teater


SIAPA sangka sandaran juara yang digenggam anak teruna kelahiran Bumi Kenyalang dalam program realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia musim ketujuh tidak langsung menyekat bakatnya ke pentas teater.

Terbukti Mohd Hafiz Mohd Suip tidak mempersia-siakan peluang diberi dengan menonjolkan kebolehan dalam satu dimensi berbeza. Watak Rahman Putra yang disandang menerusi pementasan arahan Lin Huay itu setidak-tidaknya membuka satu lagi laluan seni buatnya.


Katanya yang sempat bercerita panjang mengenai pengalaman pertama itu, tampil di pentas teater berprestij Istana Budaya ibarat bulan jatuh ke riba, apatah lagi impian itu sudah lama tersemat di jiwa.


“Saya bagaikan bermimpi bila ditawar menjayakan teater KITA. Mana tidaknya, saya juara program nyanyian tetapi ada pihak percaya saya boleh berlakon. Mustahil tawaran keemasan seperti itu saya tolak.


“Meskipun penat bukan kepalang, apabila melihat reaksi penonton dan sokongan pelbagai pihak terutama peminat, saya rasa sangat berbaloi dan puas. Malah saya sangat gembira apabila diberitahu teater ini akan disambung lagi untuk siri kedua tahun depan.


“Jujur, sudah lama saya mengimpikan peluang berdiri di pentas besar. Saya akui ia satu cabaran hebat kerana kurang pengalaman, namun tidak sesekali menjadikannya sebagai penghalang dalam memberikan persembahan terbaik.


“KITA menceritakan kasih sayang dan semangat patriotik seorang remaja iaitu Rahman Putra yang ingin membuktikan sambutan Hari Merdeka tidak seperti hari lain. Watak itu sangat unik di mata saya.


“Alhamdulillah, saya mampu menjiwai watak itu meskipun pertama kali mempertaruhkan bakat di gelanggang teater,” katanya yang lega apabila KITA mendapat pujian ramai sebaik menutup tirainya selepas 10 hari pementasan bermula 17 hingga 27 Jun lalu.


Menafikan berkali-kali tanggapan dirinya tidak lagi popular hingga terpaksa beralih bidang, Hafiz yang pernah muncul sebagai bintang undangan dalam beberapa drama termasuk siri popular, Kau Dan Aku serta telefilem Habibi Mawi kekal menjadikan dunia nyanyian sebagai pilihan utama.


“Hakikatnya, bintang berusia 20 tahun ini tidak menang tangan memenuhi undangan nyanyian.


“KITA bukan satu alternatif menguatkan lagi nama saya akibat sudah tidak popular, sebaliknya ia satu laluan untuk mencapai kepuasan maksimum dalam kerjaya seni saya.


“Tidak pernah pula terfikir senario kemerosotan populariti kerana undangan menyanyi masih lebat seperti biasa, cuma saya jarang tampil di majlis rasmi atau menyanyi untuk program televisyen seperti awal kemunculan dulu.


“Saya banyak menyanyi di majlis korporat dan keraian sesebuah organisasi yang diadakan secara tertutup.


“Kini saya sibuk dengan rangka promosi single ketiga yang dimuatkan dalam album mini, Masih Jelas. Lagu ciptaan M Nasir dan liriknya hasil nukilan Budi Hikayat yang berjudul Awan Nano ini akan menemui peminat dalam masa terdekat ini. Lagu ini sangat dekat dengan jiwa saya, malah melodinya berbeza.


“Jika tiada aral, saya akan merakam video muziknya sebelum Ramadan,” katanya yang sebelum ini popular dengan lagu Masih Jelas dan Noktah Cinta.


Dalam diam, Hafiz menyimpan satu lagi misi untuk melebarkan sayap sebagai komposer muda yang berjaya. Gigih memantapkan diri dalam penghasilan lagu sendiri, Hafiz bersedia memperkenalkan lagu ciptaannya selewat-lewatnya tahun depan.


“Memang saya bercita-cita menjadi pencipta lagu, baik untuk album sendiri mahupun penyanyi lain. Alhamdulillah setakat ini saya ada beberapa lagu yang masih dalam proses baik pulih.


“Jika berjalan lancar, lagu berjudul Mungkinkah yang saya cipta akan kedengaran di corong radio tahun depan,” katanya.


Sebelum ini, media berjaya menghidu putus cintanya dengan seorang gadis yang terjalin hampir dua tahun.


Ada desas-desus mengatakan ia berpunca daripada kesibukan Hafiz sebagai penyanyi dan ada juga sumber berbisik kononnya cinta itu tidak direstui serta wujud orang ketiga.


Bagaimanapun ketika diminta mengulas, Hafiz dengan sopan meminta perkara itu tidak diperbesarkan kerana fokusnya kini adalah kerjaya.


“Saya tidak mahu terus bercerita mengenai perkara ini kerana ia sangat peribadi. Yang boleh saya sahkan, hubungan itu berakhir awal tahun ini. Apa puncanya biar ia jadi rahsia peribadi saya.


“Saya tidak mahu mencampur-adukkan soal kerjaya dan cerita peribadi, bimbang nanti peminat jemu. Keutamaan saya sekarang meningkatkan mutu kerja, baik dalam bidang nyanyian mahupun lakonan,” katanya.

BIODATA
Nama Penuh :
Mohd Hafiz Bin Mohd Suip

Nama Manja :
Abang

Umur:
19 Tahun

Tarikh Lahir :
27 Februari 1990

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Kuching, Sarawak

Tinggi
170cm

Berat
68kg

Hobi
Memancing

Pengalaman Bidang Hiburan
Menyertai pertandingan nyanyian di Kuching, Sarawak.

Penyanyi Idola
Faizal Tahir

Impian
Berjaya dalam pelbagai bidang satu hari kelak.

Adik-beradik
Sulung daripada tiga beradik

Deskripsi: Anak muda dari Sarawak ini mula menyanyi sejak umur 10 tahun. Mendapat dan mengasah bakat melalui pelbagai pertandingan nyanyian di sekitar Kuching. Bukan sekadar menyanyi, dia juga mampu memasak dengan baik

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Semasa umur saya 10 tahun, itulah kali pertama saya menyanyi di kahlayak ramai ketika menyambut hari jadi nenek saya di majlis besar-besaran.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Memasak di dapur.

Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya dalam hidup

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Kaer, Vince, Bob dan Aizat.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Mendapat tawaran memasuki Akademi Fantasia

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Tiada

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Kenangan manis saya ialah ketika keinginan saya untuk mendapat lesen memandu tercapai oleh ayah saya.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Kenaikan harga minyak
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50
Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Menyambung pelajaran saya

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Saya ingin memberhentikan peperangan di dunia dan membawa keamanan.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Saya ingin meletakkan industri muzik Malaysia ke persada dunia.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama?(1 sahaja) kenapa?
Saya akan membawa bendera Malaysia dan ingin memasak masakan Malaysia di bulan.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Saya ingin memelihara hamster dan di beri nama Coco. Ini kerana saya ingin melihat
Hamster tersebut memahami kehendak tuannya seperti dalam filem Home Alone 3.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Helang, kerana helang mempunyai penglihatan yang tajam, mempu terbang dengan tinggi dan bebas dan kuat.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Peramah
Suka mencuba sesuatu yang baru
Tidak mudah putus asa.



NAK TAMBAH SIKIT~~~
ASET DIA YG BUAT DAKU SUKA PADANYA:-
1) RENDAH DIRI
2) RAMBUT AFRO
3) CUTE (GERAM NGAN PIPI DIA~NAK CUBIT2 JER)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)