Jolie rancang lawat mangsa banjir Pakistan



ISLAMABAD - Aktres terkenal Amerika Syarikat (AS), Angelina Jolie kelmarin merayu masyarakat antarabangsa membantu 20 juta mangsa banjir di Pakistan yang kini berdepan dengan risiko malapetaka dahsyat dalam sejarah negara itu.

"Rakyat Pakistan berdepan dengan kematian secara besar-besaran dan situasi menjadi bertambah buruk," katanya yang turut merancang untuk melakukan lawatan ke negara itu jika tiada penggambaran filem dalam masa terdekat. Dia yang pernah melawat mangsa bencana di Haiti, Iraq dan beberapa negara lain sebagai Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan demikian pada acara tayangan perdana filemnya, Salt di London kelmarin. Sementara itu, PBB semalam berkata, jutaan mangsa banjir di Pakistan masih belum menerima sebarang bantuan sejak bencana terburuk itu melanda tiga minggu lalu yang sehingga kini merekodkan kematian kira-kira 1,500 orang. Badan dunia tersebut dalam satu kenyataan berkata, kira-kira satu perlima daripada keluasan negara Asia selatan itu terjejas akibat banjir dengan wilayah barat laut serta Punjab termasuk Sindh menerima kesan paling teruk.



Beberapa agensi antarabangsa dan tempatan kini bertungkus-lumus menghantar bantuan bekalan makanan, air bersih, khemah perlindungan sementara dan perubatan.

Dianggarkan 700,000 hektar kawasan pertanian gandum, tebu dan padi musnah yang bakal menyebabkan bekalan makanan terputus serta harga barangan naik mendadak.

Kejayaan Arab Saudi turut melancarkan kempen bagi membantu Pakistan dengan pemerintah negara tersebut, Raja Abdullah menderma 20 juta riyal (RM16.8 juta) manakala Putera Mahkota, Sultan bin Abdul Aziz pula menyumbangkan 10 juta riyal (RM8.4 juta). - Agensi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)