Kanye kagumi Justin


ALBUM terbaru Kanye West hanya akan berada di pasaran sekitar pertengahan November nanti. Namun penyanyi berpengaruh besar dalam industri hiburan dunia itu telah membocorkan beberapa butiran penting mengenai album tersebut.

Selain memberitahu album kelima tersebut akan lahir dalam bentuk dua cakera padat (CD), ia akan menampilkan kolaborasi bersama nama-nama besar seperti Beyoncé dan Jay-Z. Tidak ketinggalan, penyanyi aliran folks Justin Vernon yang diterbangkan khas ke studio rakaman di Hawaii.


"Saya menghubungi Justin, bertanya kalau dia berminat untuk menjadi rakan kolaborasi dalam album ini. Saya mendengar muzik dia dan tertarik untuk mengajak dia bersama rakan lain yang telah menyertai saya iaitu Beyonce dan Jay-Z.

"Selepas bekerjasama, kami kini telah menjadi kawan baik. Kami sering menghabiskan masa bersama dengan bermain bola keranjang dan berkongsi banyak cerita tentang muzik," kata Kanye yang cukup mengagumi penyanyi tersebut.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)