Konsert 150 orang penonton


SETIAP konsert yang diadakan pasti memberikan satu impian kepada penganjur agar mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai selain menerima keuntungan dari jualan tiket.

Namun baru baru ini seorang penganjur kecewa apabila konsert Festival Music Kuala Lumpur yang menampilkan lebih 50 artis ternama tanah air itu tidak mendapat sambutan yang sepatutnya.

Konsert yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur itu dianggarkan sepatutnya boleh memuatkan kira-kira 5,000 peminat muzik tempatan.

Menurut penganjur yang merupakan Presiden Kelab Rakan Seleberiti, Azmi Mohd. Noor, pihaknya berasa pelik kenapa konsert yang berlangsung selama tiga hari itu cuma berjaya menjual tiket sebanyak 150 sahaja.

Katanya, sedangkan dalam konsert yang bermula 30 Julai hingga 1 Ogos itu menampilkan artis-artis hebat.

"Saya rasa mustahil perkara seumpama ini terjadi kerana kami telah membuat segala promosi dan artis-artis yang membuat persembahan cukup kuat.

"Bagi saya kejadian ini sangat menyedihkan industri hiburan tanah air kerana perkara ini terjadi seolah-olah tiada siapa yang menyokong artis kita," katanya ketika Kosmo! dihubungi baru baru ini.

Antara artis yang membuat persembahan pada festival tiga hari itu ialah May, XPDC, Ella, Bunkface, Amuk, dan ramai lagi.

Bagi Mus May yang ditemui sebelum membuat persembahan pula berkata, walaupun penonton pada malam itu tidak ramai dia tetap akan memberikan persembahan yang terbaik.

"Penonton sudah beli tiket, walaupun seorang yang menonton kami tetap akan memberikan persembahan yang terbaik kerana untuk menghargai peminat itu," ujarnya. - AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)