Neil dipaksa cium Deepika


AKTRES jelita Deepika Padukone mungkin sudah mempunyai banyak pengalaman bercumbu di hadapan kamera. Namun, berlainan buat aktor Neil Nitin Mukesh yang bergandingan dengan Deepika menerusi filem, Lafange Parindey.

Ini kerana Neil belum pernah melakonkan adegan cium tetapi skrip filem itu memerlukan dia dan Deepika bercium.

Menurut Neil, dia tidak mempunyai pilihan lain tetapi mengikut kehendak skrip untuk melakonkan adegan cium dengan Deepika di bawah panas matahari.

Namun, pengarah filem tersebut, Pradeep Sarkar dan Deepika terpaksa melakukan pelbagai cara sebelum Neil bersetuju untuk melakukan adegan cium tersebut.

Menurut sumber dalaman projek filem itu: "Pada mulanya Neil menentang sekeras-kerasnya arahan Pradeep bagi adegan bercium dengan Deepika itu kerana dia sebelum ini telah meletakkan syarat untuk tidak bercium dalam mana-mana filem lakonannya.

Malah Sriram Raghavan, pengarah filem pertama lakonannya, Johnny Gaddaar (2007) naik angin apabila Neil enggan melakonkan babak cium dengan aktres Rimi Sen. Menerusi filem keduanya yang berjudul Tera Kya Hoga Johnny (2009), pengarah Abhijeet Kumar juga telah memaksa Neil untuk mencium heroin filem tersebut, Shahana Goswami tetapi Neil tetap menolak.

Begitu juga dengan filem Jail yang mengandungi adegan asmara dengan aktres seksi, Mugda Godse, Neil turut menolak permintaan pengarah untuk bercium.

Aktor itu hanya bersetuju setelah pengarah menekankan hubungan romantik perlu ada ciuman.

"Pradeep berjaya meyakinkan Neil dan dia akhirnya akur dengan pandangan pengarah itu tetapi dia gementar sebelum melakukannya. Deepika sudah mempunyai pengalaman bercium di hadapan kamera tetapi tidak buat Neil," kata sumber itu lagi.

Mengulas mengenai ciuman tersebut, Neil bagaimanapun enggan menjelaskannya secara terperinci.

"Saya tidak boleh dan tidak mahu bercakap mengenainya (ciuman). Tetapi ya, kami telah melakukan segalanya mengikut kehendak skrip. Filem Lafange Parinde merupakan filem cinta saya yang pertama," ujar Neil yang tidak pula malu berbogel dalam filem Jail.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)