Robbie Williams berkahwin


LONDON - Penyanyi pop Britain, Robbie Williams telah berkahwin dengan kekasihnya, Ayda Field yang merupakan seorang pelakon, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Robbie berumur 36 tahun berkahwin dengan Ayda berusia 31 tahun di rumah penyanyi itu di Los Angeles.

Akhbar-akhbar itu menyiarkan gambar suasana di lokasi perkahwinan tersebut.

"Pada akhirnya, Rob (Robbie) gembira. Itulah yang anda mahu daripada anak-anak anda," kata bapa Robbie, Pete seperti dilaporkan akhbar News of the World.

"Ayda amat cantik," tambahnya.



Menurutnya, dia masih belum mempunyai cucu dan berharap Robbie akan memberikannya cucu yang pertama.

Pada 1995, Robbie bersama kumpulan Take That yang menguasai dunia pop pada 1990-an sebelum dia berpisah dan menyertainya semula baru-baru ini.

Dia mempunyai hubungan dengan beberapa bintang pop dan aktres Hollywood sebelum berkenalan dengan Ayda

pada 2006. - AFP

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)