Spears berlakon dalam drama Glee


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Britney Spears menyiarkan gambar dia berada di studio drama siri muzikal popular Glee di laman Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Spears membintangi salah satu episod drama itu dengan judul Britney/Brittany.

Drama itu bakal disiarkan di stesen televisyen Fox di Amerika Syarikat (AS) pada 28 September depan.

Spears, 28, menjadi artis kedua selepas Madonna yang pernah diberi watak pada musim pertama siri itu.

Satu gambar di Twitter menunjukkan Spears bergambar bersama aktres dan penari, Heather Morris, 23, yang memegang watak Brittany.

Apa yang menarik mengenai gambar dengan Morris itu adalah aksinya yang mirip dalam video duet antara Madonna dengan Spears pada 2003 yang berjudul Me Against The Music.

Sebanyak enam lagu Spears iaitu Stronger, Oops! I Did It Again, Baby One More Time, Toxic dan Me Against The Music diperdengarkan dalam drama tersebut.

"Kepada semua peminat saya yang juga suka menonton siri Glee, jangan lupa menyaksikan saya beraksi dalam episod tersebut," kata Spears di laman Twitter. - Agensi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)