Urusan rasa Aizat


SUARA dan rasa hati. Itulah yang dapat disimpulkan tatkala mendengar album kedua Aizat Amdan ini.

Sejujurnya, dia meluahkan apa yang ada di benaknya, sama ada melalui melodi, lagu mahupun lirik.

Aizat berkarya seiring usia manakala lagu-lagunya padan dengan dirinya.

Saya gemarkan susunan Sungai Lui di trek ketujuh yang kedengaran santai. Apatah lagi susunan muziknya diiringi string dan angklung.

Aizat menjadikan Susun Silang Kata sebagai lagu handalan dalam album keduanya ini.

Ia lagu cinta yang disusun dengan lirik yang simple tetapi menjelaskan cara bercinta anak muda zaman ini.

Aizat jelas meminati The Killers, Keane dan John Mayer.

Dia terarah kepada pemuzik-pemuzik itu tetapi tidak terpengaruh secara berlebihan.

Sebaliknya dia menjadikan mereka sebagai rujukan dalam menggali muziknya yang sebenar.

Agak ralat kerana Aizat hanya keluar dengan tujuh buah lagu sahaja sedangkan banyak lagi yang boleh dipersembahkannya.

Hakikatnya, banyak eksplorasi pemuda kreatif ini yang mahu didengari khalayak.

Dua buah lagu Inggeris, Emotions dan Years From Now dijadikan umpan untuk Aizat memecah pasaran antarabangsa.

Emosi yang dilanjutkan dalam lagu Emotions membawa pendengar kepada satu dimensi bunyi yang lebih padat tetapi sedap didengar.

Variasi vokal yang pernah ditumpahkan dalam I Go diteruskan dalam lagu tersebut.

Vokal Aizat bagus. Saya juga sukakan petikan gitar dalam lagu ini.

Komen Sofia: Album ini padat bunyi. Sebuah produksi yang menarik dan tergambar kerja keras.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)