Aksi seks oral Kesha di internet


LOS ANGELES - Penyanyi yang popular dengan lagu Tik Tok, Kesha menjadi mangsa penyebaran gambar lucah peribadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar yang disebarkan oleh Perez Hilton di laman webnya, UnratedPerez itu menunjukkan seorang lelaki yang identitinya tidak diketahui melakukan seks oral ke atas Kesha.



Menurut laman web HipHopRX.com, Hilton pernah menyebarkan gambar kontroversi Kesha yang lain pada Julai lalu.

Namun, pada kali ini, gambar penyanyi itu lebih jelas.

Kesha merupakan antara selebriti antarabangsa seperti Miley Cyrus, Christina Aguilera dan Lady Gaga yang menjadi mangsa penggodam komputer yang mencuri gambar-gambar milik peribadi mereka dan menyebarkannya di Internet.- Agensi

Michael Douglas kembali berlakon


WALAUPUN sehingga kini masih berperang dengan penyakit kanser kerongkong yang dihadapinya, namun pelakon Michael Douglas dilihat masih bersemangat untuk berkecimpung dalam dunia lakonan.

Baru-baru ini dikhabarkan bahawa suami kepada pelakon Catherine Zeta Jones itu telah bersetuju menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem berjudul Liberace.


"Sudah tentu saya berasa gembira dengan tawaran yang diberikan ini. Bukan itu sahaja, watak saya dalam filem ini juga boleh dikatakan agak banyak dan faktor itu menyebabkan saya tidak menolaknya," ujar pelakon berkenaan.

Dalam filem berkenaan, Michael akan membawakan watak seorang seniman filem. Steven Sodenberg pula bertindak sebagai pengarah dan penggambarannya akan bermula sekitar Mei atau Jun 2011 nanti.

credit; kosmo

'Pendatang haram' Jack Dzull


KARIER nyanyiannya mula bertapak apabila menerima tawaran daripada Syarikat Ahmad Taufik, Kampung Baru, Kuala Lumpur awal tahun 80an.

Bukan syarikat yang gah dan terkemuka tetapi sebuah syarikat pembekal alat-alat muzik untuk majlis kenduri kahwin.

Namun, Dzulkifli Jalil, 50, anak kelahiran Klang, Selangor tetap tegar dengan keputusannya untuk melibatkan diri secara serius dalam dunia nyanyian.

Dia akhirnya berjaya merealisasikan impian menjadi seorang penyanyi professional pada awal tahun 80-an selain menubuhkan sebuah kumpulan bernama Headlights.

Sebagai vokalis utama dengan menggunakan nama Jack Dzull - nama yang dipilih daripada drama popular tahun 70-an lakonan Telly Savalas, kumpulan itu hanya sempat hadir dengan sebuah album bertajuk Halilintar.

Kecewa dan bergelumang masalah peribadi, Dzull mengambil keputusan berhijrah ke Indonesia pada tahun 1986.

Di rantau orang, Dzull menyanyi di kelab malam dan Tahiti Lounge di Jakarta menjadi medan ujian pertamanya.

Beliau pernah memasuki pertandingan nyanyian pada 1987 terbitan TVRI Senayan ‘Wajah Baru’ dan berjaya meraih tempat kedua.

Undangan nyanyian

Sejak itu, karier nyanyiannya mula berkembang dengan memperoleh undangan nyanyian di Jakarta, Bandung dan Jogjakarta, Indonesia diiringi grup Pamber Brothers sebelum mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada 1990.

“Sebenarnya, saya ke Indonesia tanpa memberitahu keluarga. Saya sebenarnya terkilan kerana kurang mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan.

“Saya yakin ke Indonesia dengan bantuan seorang rakan di sana,” katanya membuka cerita.

“Saya juga menyertai pertandingan nyanyian dan mendapat tempat kedua. Tetapi saya sebenarnya ke Indonesia tanpa visa yang sah.

“Visa saya hanya terhad untuk tiga bulan tetapi saya menetap di sana hampir lima tahun. Saya juga menyamar menjadi seorang warga Indonesia untuk memasuki pertandingan nyanyian tersebut,” ujarnya yang mula berhadapan masalah selepas dikesan tinggal melebihi tempoh.

“Pihak imigresen Indonesia mula cuba menangkap saya dan mengarahkan saya pulang. Tetapi saya berjaya menyembunyikan diri.



“Semasa itu, hidup semakin sukar sehingga saya pernah diugut dengan pisau diletakkan di leher. Selepas itu saya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air,” katanya.

Dzull bersyukur kerana pada tahun 1996, dia telah dipilih oleh Omar Taib selaku Pengarah Muzik Istana Budaya sebagai pemuzik Kombo Kompleks Budaya Negara (Istana Budaya) dan membuat persembahan di Britain, Iran dan Pakistan.

“Saya mengumpul modal dan pada tahun 2008 saya menerbitkan sendiri album single berjudul Andai Kekasih yang berkonsepkan keroncong pop dengan gabungan muzik oleh Mohar (Mohram),” katanya.

Kerana ingin menyesuaikan diri dengan trend muzik kini Dzull merakamkan sebuah lagi lagu berjudul Jack Dzull ‘Rahsiaku’ yang berkonsepkan genre ska, diiringi kumpulan Gerhana Ska Cinta.

“Selain menghidupkan lagu-lagu etnik Melayu berkonsepkan keroncong saya memasukkan elemen pop dalam lagu untuk lebih segar dan kontemporari.

“Semoga ramai yang mendapat menerima kemunculan saya kembali kerana dunia hiburan ibarat darah daging saya yang telah diceburi selama lebih 30 tahun,” katanya penuh pengharapan.

credit; MEGAT LUTFI

Mila uji kehebatan


LAMBAKAN penyanyi baru dan program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian menyebabkan cabaran survival dalam industri seni suara tanah air semakin sukar.

Tidak terkecuali bintang-bintang daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) yang satu ketika dulu pernah mencetuskan fenomena dalam dunia hiburan tanah air.

Sinaran bintang-bintang graduan AF ini dilihat mulai pudar, malah sesetengah pelajarnya hilang begitu sahaja dalam dunia seni. Sepi tanpa berita.

Pemilik nama Nursyarmilla Jirin atau mesra disapa Mila merupakan bekas graduan AF yang masih menyengat tuahnya berlatarkan karakter comel keanak-anakkan yang digemari lapisan umur.

Kini Mila dilihat tidak lagi bergantung harap kepada populariti semata-mata bahkan memaksa dirinya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama anak seni yang lain.

Juara AF5 itu juga telah mula melebarkan sayapnya ke luar negara dengan menyertai beberapa pertandingan nyanyian di peringkat antarabangsa.

Khabar yang bertiup mengatakan penyanyi berumur 23 tahun itu kini sepi buat seketika ternyata bukan satu kata yang logik untuk diterima akal.

Penyanyi kecil molek itu sebenarnya sedang sibuk dengan pelbagai program yang telah diatur buatnya dan membuat dirinya akur untuk merehatkan diri dalam pentas lakonan.


11 Disember lalu adalah tarikh ujian hebat sebagai seorang penyanyi kerana berjaya meletakkan dirinya dalam pertandingan akhir Open Mic UK di Manchester, United Kingdom.

Mila menyatakan bahawa penyertaan dalam pertandingan itu adalah hasil usahanya sendiri, dengan bantuan tenaga kerjanya yang tidak henti membantunya dalam apa jua keadaan sekalipun.

"Seorang kawan yang Mila kenal sewaktu mewakili Malaysia ke Festival Muzik Pop Antarabangsa Discovery Ke-17 di Bulgaria dulu yang memberitahu Mila berkenaan pertandingan tersebut.

"Pertandingan akhir tersebut merupakan peringkat seterusnya setelah Mila berjaya melepasi peringkat kelayakan di Newcastle Oktober lalu.

"Kalau ada rezeki, Insya-Allah Mila akan melayakkan diri ke Grand Finale di O2, London pada tahun hadapan," katanya ketika menghadiri sidang akhbar untuk Konsert Rhythyms di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) baru-baru ini

Album baru

Menurutnya, di Grand Finale itu, banyak label rakaman dan agensi yang akan turun menyaksikan pertandingan itu.

"Saya membuat keputusan untuk menyertai pertandingan tersebut kerana mahu mengembangkan bakat, mencari peluang baru dan melihat keadaan pasaran di luar negara" jelasnya.

Bakal tampil dengan album keduanya hujung tahun ini, buah tangan terbaru tersebut akan memuatkan 10 buah lagu iaitu lima lagu baru dan selebihnya merupakan lagu-lagu lama yang diberikan nafas baru.

"Setakat ini, hanya sebuah lagu lagi yang belum dirakamkan. Kalau boleh ia akan dilancarkan pada Disember ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

"Album ini berkonsepkan pop dan ada juga lagu-lagu berentak balada," katanya.

Mila mendedahkan barisan komposer yang terlibat dalam pembikinan album terbarunya itu yang terdiri daripada nama besar dalam lapangan muzik iaitu Ajai dan Aidit Alfian.

"Album ini sangat istimewa buat Mila kerana inilah kali pertama Mila terlibat seratus peratus dalam pembikinan album, daripada pemilihan lagu hinggalah ke konsep album itu sendiri," ucap pelantun Jika Kau Ubah Fikiran itu dengan senyuman.

Mengupas keputusan berehat daripada pentas lakonan, Mila jujur mengakui jadual nyanyiannya yang padat menyukarkan Mila untuk melapangkan waktu serta komitmen buat profesion keduanya itu.

"Ruang untuk berlakon sangat tipis, Mila tidak mahu terlalu terkejar-kejar dan kelihatan tamak dalam pengagihan kerjaya.

"Jika Mila sibuk menyanyi, takut nanti tidak dapat memenuhi jadual untuk penggambaran dan akan menimbulkan masalah serta menyusahkan ramai pihak.

"Mila akan berhenti berlakon sekejap, tapi kalau Mila dapat tawaran yang baik selepas ini, Insya Allah Mila akan pertimbangkan," katanya.

Konsert Rhythms

Mila turut mencanangkan warta penglibatannya dengan Konsert Rhythyms yang dianjurkan Matic di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang pada 17 hingga 19 Disember ini.

Konsert yang diilhamkan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen itu bertujuan memberi maklumat kepada orang ramai dan pelancong asing tentang destinasi-destinasi pelancongan yang ada di negara ini.

Konsert tersebut akan memaparkan ekspedisi penerokaan pelancongan tempatan dengan membawa pelbagai tema seperti homestay, taman, seni kontemporari dan festival makanan.

Ia akan disampaikan dalam bentuk pementasan muzikal dan Mila akan memainkan peranan sebagai pelancong dan akan berkongsi kisah pelancongannya bersama audiens yang hadir.

Pengarah Matic, Datin Zaitun Mohd Ali berkata, Mila dipilih berdasarkan imej yang bersih dan contoh yang baik untuk ditonjolkan kepada pelancong-pelancong asing.

"Mila akan memegang peranan sebagai tunjang utama, di mana dia akan bertindak sebagai pelancong dan bercerita mengenai pelancongannya dalam bahasa Inggeris.

"Persembahan selama 45 minit itu akan melibatkan tarian, visual, muzik, nyanyian dan kesan khas. Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan tiket secara percuma di Matic," katanya.

Sementara itu, Mila menjelaskan dia sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk turut serta menjayakan konsert tersebut.

"Sebelum ini, Kementerian Pelancongan banyak menyokong artis tempatan untuk membuat persembahan di luar negara.

"Konsert ini turut bertindak sebagai satu mesej dan maklumat kepada pelancong asing yang tidak mempunyai pengetahuan tentang destinasi pelancongan di Malaysia," katanya.


credit; IKHWAN IDERIS

Sein Ruffedge dan Nana Sah Bercerai Talak 1


Sein Ruffedge dan Nana akhirnya sah bercerai talak 1 hari ini setelah permohonan yang difailkan oleh nana diluluskan oleh mahkamah hari ini.

Juara sehati berdansa 3 itu sah bercerai pada pukul 2.45 petang dan punca penceraian masih belum diketahui. Sein dan Nana telah berkahwin sejak tahun 2006 dan memiliki 2 cahaya mata yang 3 dan 4 tahun.

credit; darkbatman

Eminem bakal monopoli Grammy ke-53


RAPPER sensasi, Eminem dijangka bakal mendominasi trofi kemenangan pada majlis Anugerah Grammy ke-53 yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan apabila dia meraih 10 pencalonan.

Selain Eminem, artis terbanyak meraih pencalonan termasuklah Bruno Mars dengan tujuh pencalonan; Jay-Z, Lady Antebellum dan Lady Gaga masing-masing enam pencalonan; Miranda Lambert, Jeff Beck, B.o.B, David Frost, Philip Lawrence dan John Legend masing-masing lima penacalonan; dan Alex Da Kid, The Black Keys, Drake, Cee Lo Green, Ari Levine, Katy Perry, Rihanna, The Roots, Dirk Sobotka dan Zac Brown masing-masing empat pencalonan.

Menerusi lagu kolaborasi bersama penyanyi Rihanna, Love the Way You Lie, Eminem turut tercalon tiga kategori tertinggi Grammy iaitu Rekod Tahun Ini, Lagu Tahun Ini dan Album Tahun Ini.

Sementara untuk kategori tertinggi Grammy iaitu Rekod Tahun Ini, Eminem bersaing dengan empat calon lain iaitu B.o.B bersama Bruno Mars, Cee Lo Green, Jay-Z bersama Alicia Keys dan Lady Antebellum.

Kategori Album Tahun Ini pula menyaksikan Eminem berhadapan dengan saingan hebat daripada Lady Antebellum, Lady Gaga, Katy Perry dan Aracade Fire.


Nama Eminem disebut sebagai artis yang meraih pencalonan terbanyak pada Grammy ke-53 pada majlis pencalonan Grammy ke-53 yang diserikan dengan konsert di L.A. Live Plaza di Los Angeles baru-baru ini yang menyaksikan Katy Perry membuat persembahan lagu California Gurls.

Katy Perry turut meraih beberapa pencalonan untuk kategori tertinggi Grammy ke-53 yang menyaksikan dia turut bersaing dengan Lady Gaga yang termasuklah Album Tahun Ini, Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik dan Vokal Album Pop Terbaik.

Pemenang anugerah terbanyak American Music Awards 2010 baru-baru ini, Justin Bieber pula hanya meraih dua pencalonan iaitu untuk kategori Album Pop Vokal Terbaik dan Artis Baru Terbaik.

Miranda Lamberts pula menguasai pencalonan bagi kategori lagu country kali ini, sementara Bruno Mars, Beyonce, Lady Antebellum dan Cee Lo Green juga meraih lebih daripada satu pencalonan.

Suatu kejutan diumumkan menerusi kategori Persembahan Vokal Pop Lelaki Terbaik apabila mendiang Michael Jackson untuk albumnya, This Is It turut bersaing dengan empat calon lain yang terdiri daripada Michael Buble, Adam Lambert, Bruno Mars dan John Mayer.

Majlis Anugerah Grammy ke-53 bakal berlangsung di Staples Center di Los Angeles pada 13 Februari tahun depan.


PENCALONAN GRAMMY KE-53 BAGI KATEGORI UTAMA:

Rekod Tahun Ini

* Nothin' On You - B.o.B featuring Bruno Mars

* Love the Way You Lie - Eminem featuring Rihanna

* F**k You - Cee Lo Green

* Empire State of Mind - Jay-Z and Alicia Keys

* Need You Now - Lady Antebellum

Lagu Tahun Ini

* Need You Now - Lady Antebellum

* Love The Way You Lie - Eminem featuring Rihanna

* The House That Built Me - Miranda Lambert

* F**k You - Cee Lo Green

* Beg Steal Or Borrow - Ray LaMontagne And The Pariah Dogs

Album Tahun Ini

* The Suburbs - Arcade Fire

* Recovery - Eminem

* Need You Now - Lady Antebellum

* The Fame Monster - Lady Gaga

* Teenage Dream - Katy Perry

Artis Baru Terbaik

* Justin Bieber

* Drake

* Florence + The Machine

* Mumford & Sons

* Esperanza Spalding

Album Pop Terbaik

* My World 2.0 - Justin Bieber

* Dreamed A Dream - Susan Boyle

* The Fame Monster - Lady Gaga

* Battle Studies - John Mayer

* Teenage Dream - Katy Perry

Album Rock Terbaik

* Emotion & Commotion - Jeff Beck

* The Resistance - Muse

* Backspacer - Pearl Jam

* Mojo - Tom Petty And The Heartbreakers

* Le Noise - Neil Young

Lagu Rock Terbaik

* Angry World - Neil Young

* Little Lion Man - Mumford & Sons

* Radioactive - Kings of Leon

* Resistance - Muse

* Tighten Up - The Black Keys

Album R&B Terbaik

* The Love & War Masterpeace - Raheem DeVaughn

* Back To Me - Fantasia Barrino

* Another Round - Jaheim

* Wake Up! - John Legend & The Roots

* Still Standing - Monica

Lagu R&B Terbaik

* Bittersweet - Fantasia Barrino

* Finding My Way Back - Jaheim

* Second Chance - El DeBarge

* Shine - John Legend & The Roots

* Why Would You Stay - Kem

Album Rap Terbaik

* The Adventures

Of Bobby Ray - B.o.B

* Thank Me Later - Drake

* Recovery - Eminem

* The Blueprint 3 - Jay-Z

* How I Got Over - The Roots

Lagu Rap Terbaik

* Empire State Of Mind - Jay-Z & Alicia Keys

* Love The Way You Lie - Eminem & Rihanna

* Not Afraid - Eminem

* Nothin' On You - B.o.B & Bruno Mars

* On To The Next One - Jay-Z & Swizz Beatz

Album Country Terbaik

* Up On The Ridge - Dierks Bentley

* You Get What You Give - Zac Brown Band

* The Guitar Song - Jamey Johnson

* Need You Now - Lady Antebellum

* Revolution - Miranda Lambert

Lagu Country Terbaik

* The Breath You Take - George Strait

* Free - Zac Brown Band

* The House That Built Me - Miranda Lambert

* I'd Love To Be Your Last - Gretchen Wilson

* If I Die Young - The Band Perry

* Need You Now - Lady Antebellum


credit; kosmo

Siti harap dapat anak tahun depan


TAHUN 2010 bakal melabuhkan tirai untuk memberi laluan dengan kehadiran tahun 2011. Sepanjang tahun ini, penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza seakan-akan menyepi sedikit dalam dunia seni. Tiada konsert, tiada album baru malah baru-baru ini telah menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular.

Waima Siti ada merakamkan album CTKD (Canda, Tangis, Ketawa, Duka) bersama sahabat baiknya, Kris Dayanti pada tahun lalu dan album solo berjudul Tahajjud Cinta pada tahun yang sama.

Bagi peminat Siti yang sentiasa mengikuti dirinya, pasti sedar tahun 2010 bagi Siti telah diisi dengan aktiviti perniagaan.

Seolah sudah serius terlibat dalam perniagaan dan sudah mula perlahan-lahan meninggalkan dunia nyanyian. Siti Nurhaliza dengan jelas menidakkan perkara tersebut.

“Saya masih sayang kepada dunia nyanyian. Malah, saya rasa rindu untuk mengadakan konsert.

“Nyanyian ialah cinta pertama saya dan melalui nyanyian juga saya dapat mencapai semua impian saya. Dapat membuka perniagaan dan kehidupan Siti yang bertambah baik,” luah Siti berhubung kecintaannya terhadap dunia seni suara.


Siti juga menambah, dia perlu untuk melakukan sesuatu untuk menyokong kehidupan di masa hadapan. Seperti mana khalayak melihat usaha Siti sepanjang tahun 2010 ini jelas menunjukkan dunia perniagaan menjadi pilihan.

“Tambahan pula, selain menyanyi, bidang kecantikan dan kosmetik ialah nyala rasa Siti.

“Bagi Siti, sekarang ialah masa yang terbaik untuk Siti terlibat dalam dunia perniagaan,” kata pelantun lagu Jerat Percintaan ini.

Selepas melancarkan produk Simply Siti pada bulan Mac yang lalu, terkini, Siti telah menjadi rakan niaga dalam sebuah syarikat jualan langsung yang sudah beroperasi di Malaysia sejak 2008.

Sebagai permulaan, pembukaan rasmi Sity Avita Sdn. Bhd. di Menara UOA Bangsar baru-baru ini menjadi tanda usahasama Siti dan Syarikat Avita.

“Siti diperkenalkan dengan produk Celergen keluaran Avita oleh kakak ipar Siti, Zaini (Muhd. Jiwa) dan kami sekeluarga mencuba.

“Selepas hampir setahun menggunakan produk Celergen, kesan segera yang Siti dapat ialah ia memberi tenaga, kulit menjadi cantik dan membaiki sel-sel dalam badan.


“Hasilnya amat baik dan disebabkan itu juga Siti berani melabur dalam perniagaan ini,” kata Siti yang enggan memberitahu jumlah pelaburan yang dibuat walaupun diasak dengan persoalan tersebut.

Celergen ialah penokok pemakanan antipenuaan dan terapi sel marin termaju dari Switzerland yang telah diluluskan oleh Pejabat Kesihatan Awam Persekutuan Swiss dengan pematuhan penuh pada FDA, Amerika Syarikat.

Segala hal-hal pengurusan dalam syarikat ini diuruskan sepenuhnya oleh kakak ipar Siti, Zaini Muhd. Jiwa dan suami, Datuk Khalid Muhd, Jiwa yang turut hadir pada majlis tersebut. Turut kelihatan ialah ketua pegawai eksekutif Avita, Lee Xiang Yin.

Bukan sahaja keluarga, malah Siti juga turut memperkenalkan produk tersebut kepada rakan artis yang lain seperti Kris Dayanti (KD).

Setiap kali KD datang ke Malaysia, pasti dia akan memesan tujuh atau lapan kotak untuk dibawa pulang ke Indonesia.

“Kami juga berharap dapat menembusi pasaran Indonesia tahun hadapan,” tambah Siti yang semakin rancak menjalankan perniagaan.

Antara rakan artis lain yang menggunakan produk ini ialah Umie Aida, Ziela Jalil dan Erma Fatima.

Bercerita mengenai perancangan masa hadapan karier seninya, pada Disember ini, Siti akan membuat rakaman single untuk album terbaru. Antara komposer yang terlibat ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Aizat dan Yuna juga Siti ada buat permintaan untuk mencipta lagu.

“Saya sudah tidak sabar untuk masuk studio dan memulakan rakaman,” kata Siti sudah memiliki 14 album solo.

Ketika ditebak dengan persoalan anak, ujar Siti: “Itu harapan saya pada tahun 2011.”

credit; ADLAN JAAFAR

Bintang YouTube Taiwan


LETAKKAN diri anda sebagai seorang yang tidak mempunyai rupa yang menarik tetapi hanya bermodalkan suara merdu. Lebih penting lagi, mempunyai suntikan minat yang mendalam dalam bidang nyanyian.

Kemudian video rakaman nyanyian anda dimuat turun ke dalam laman YouTube dan menjadikan anda seorang bintang dalam sekelip mata.

Begitulah perjalanan awal seorang jejaka berusia 24 tahun berasal Taiwan, Lin Yun Chun. Dia dianggap mempunyai penampilan yang unik, hingga ada yang menyatakan rambut dan gaya berpakaiannya sama seperti karakter Giant dalam animasi Doraemon. Tetapi itulah faktor yang membuatkan dia diingati di samping suaranya yang mampu mencapai nada yang tinggi.

Lin Yun Chun asalnya menjadi pencabar kepada para peserta dalam program realiti TV Super Star Avenue di Taiwan dengan menyanyikan lagu I Will Always Love You nyanyian asal Whitney Houstan. Video rakaman tersebut telah dimuat naik di laman YouTube dan telah ditonton lebih 8,900,000 kali dan menjadikan dia seorang selebriti Internet.

Akhir November lalu, Lin Yun Chun telah hadir ke Malaysia untuk memperkenalkan album serta mengadakan persembahan sempena pelancaran Yes - The Fastest 4G Mobile Internet With Voice. Sidang media yang berlangsung di Hotel JW Marriot bermula dengan memperkenalkan Lin Yun Chun atau dikenali juga Jimmy Lin serta album terbarunya yang berjudul It's My Time.

Lin Yun Chun yang juga turut mempunyai album bahasa Cina berjudul Next Stop To The Future berasa bertuah kerana diberi peluang berkolaborasi dengan penerbit yang juga pemenang Anugerah Grammy, Walter Afanasieff dalam album It's My Time. Walter juga merupakan penerbit lagu My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion.

Pernah membuat persembahan dalam program terkenal seperti The Ellen DeGeneres dan America's Got Talent, Lin Yun Chun menyatakan perasaan bangganya bergelar orang Asia dan dapat menyanyikan lagu berbahasa Inggeris dengan fasih.

"Bahasa Inggeris bukan bahasa pertuturan saya. Saya fikir menjadi seorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi mampu menyanyikan dalam bahasa tersebut seolah-olah fasih menggunakan bahasa tersebut menjadikan masyarakat cepat mengenali saya," ujar Lin yang menggunakan khdimat penterjemah ketika sesi soal jawab berlangsung.

Tidak pernah belajar vokal secara profesional, Lin Yun Chun amat meminati penyanyi hebat, Whitney Houston.

"Dia mampu menyanyikan pelbagai nada dengan baik. Setiap nyanyian Whitney Houston mempengaruhi diri saya dalam semua aspek," katanya lagi yang turut meminati Susan Boyle dan Charice.

Ketika ditanya mengenai gaya rambutnya yang unik, Lin Yun Chun ketawakerana gaya tersebut merupakan salah satu faktor dirinya dikenali ramai.

"Sebenarnya saya tidak merancang untuk mempunyai gaya rambut ini. Sebelum ini saya juga mempunyai gaya yang lain.

"Saya muncul dalam program realiti TV dengan gaya ini dan orang mengenali saya. Stail rambut ini bukan selamanya tetapi buat masa sekarang saya selesa begini," tambah Lin Yun Chun lagi.

It's My Time memuatkan sepuluh buah lagu dengan dua buah lagu Inggeris, I Will Always Love You dan Amazing Grace. Kedua-dua albumnya sudah berada dipasaran sejak 20 September 2010.

credit; kosmo

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)