Russell Brand jadi paderi


PERNAH menjadi seorang yang ketagih alkohol, dadah dan seks, kini aktor Russell Brand telah mengalami satu perubahan sejak berkahwin dengan Katy Perry iaitu dengan menjadi paderi.

Hal yang demikian terjadi setelah aktor berkenaan mempunyai keluarga mertua yang sememangnya kuat agama. Selepas mendalami ilmu agama, dia telah dilantik untuk menjadi paderi di gereja America's Universal Life Church.

“Ternyata kehidupan Russell telah berubah sama sekali setelah dia bertemu dengan kedua ibu bapa Katy. Dia juga kerap membaca buku teologi terutamanya yang dikarang oleh Maharishi,” ujar satu sumber terdekat aktor berkenaan.

Lebih menarik lagi, tidak lama setelah dilantik menjadi paderi, Russel pernah menikahkan sepasang pengantin di gereja tersebut. Malah, dia tidak keberatan untuk melakukannya memandangkan ia adalah permintaan pasangan pengantin berkenaan.

sumber

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)