
SELEPAS hampir dua tahun dilihat berpacaran, berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya Norman Hakim mengesahkan mahu memperisterikan Memey atau Suhaiza Suhaimi dan kini sedang menetapkan tarikh yang sesuai untuk diijabkabulkan.
Sememangnya kalau boleh mereka mahu melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat ini tetapi tergendala hanya disebabkan kesibukan. Mereka sudah menyatakan kepada keluarga pada Jun lalu mengenai hasrat untuk bernikah dan keluarga kedua belah pihak juga hampir bertemu untuk berbincang lanjut. Bagaimanapun sebaik melihat kembali jadual kerja mereka, hasrat itu terpaksa ditangguhkan dulu. Norman, 34 kini sibuk dengan penggambaran drama episod dan telefilem, begitu juga dengan Memey, 22 yang sedang menjalani penggambaran drama Bola Cinta. Sekiranya nekad untuk berkahwin, bermakna keputusan mereka itu akan menyebabkan penggambaran tergendala dan menyusahkan produksi yang terpaksa menangguhkan seketika penggambaran hanya disebabkan mereka.
“Alasan kami mungkin kedengaran membosankan tetapi kami terpaksa membuat keputusan untuk menangguhkan perkahwinan ini kerana dicengkam dengan jadual penggambaran yang padat. Selain saya sendiri yang sibuk dengan perniagaan.
“Kami memilih tarikh 24 Julai tanpa sebarang sebab. Bagaimanapun apabila kami periksa kembali jadual lakonan, tarikh itu tidak bersesuaian kerana kami masing-masing sibuk. Jika kami berkahwin, kami akan menyusahkan ramai orang. Bagi tidak mahu menyusahkan orang lain, kami terpaksa menunda niat murni untuk berkahwin ke satu tarikh lain,” jelasnya.
Menurut Norman, seboleh-bolehnya dia memang mempercepatkan urusan pernikahan itu kerana tidak mahu hubungannya dengan Memey sebagai ‘main-main’.
“Saya memang serius ingin berkahwin dengan Memey,” katanya yang tidak menolak melalui episod pasang surut di dalam perhubungan.
Norman mengakui banyak dugaan berlaku hingga timbul spekulasi mengatakan hubungannya dengan Memey sudah berakhir.
“Sebelum bulan Jun, macam-macam dugaan yang menimpa. Ada kalanya Memey merajuk. Saya faham keadaan Memey, mungkin dia tak pernah melalui situasi untuk berkahwin menyebabkan emosinya sering terganggu,” kata Norman yang bakal muncul di dalam drama 8 Bulan di TV3, setiap Ahad, bermula minggu ini jam 10.30 malam.
Ternyata bukan mudah mengambil keputusan untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua. Sebelum mencapai kata putus untuk bernikah lagi, Norman bertanya kepada dirinya apakah sudah bersedia untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai suami.
Akuinya, dia seorang yang mementingkan keluarga. Norman tidak berselindung dia dihambat kesunyian sepanjang menduda. Katanya, sangkaannya apabila menjalani hidup secara solo, hidupnya lebih mudah kerana bebas melakukan apa yang dimahukan tetapi hidup berseorangan hanya membuatkan hidupnya terasa kosong.
Sekalipun bakal berkahwin dengan Memey, tanggungjawabnya sebagai ayah kepada tiga cahaya mata Mohamed Danish, 7; Marissa Dania, 5 dan Maria Danisha, 2, serta bekas isteri, Abby Abadi tidak diabaikan.
Meskipun tinggal berasingan, Norman tidak pernah mengabaikan anak-anaknya sehingga sekarang. Beberapa hari sekali dia menjenguk mereka dan hampir setiap bulan, dia dan bekas isteri akan keluar bersama-sama untuk membeli keperluan dapur.
“Alhamdulillah Memey memahami. Dia tahu jiwa, hati dan perasaan saya pada keluarga macam mana. Saya ada beritahu dia yang saya masih sayangkan keluarga saya. Saya masih menjalankan tanggungjawab sama seperti dulu. Segala bil dan perbelanjaan rumah serta sekolah anak-anak, masih di bawah tanggungan saya,” kata Norman yang pernah cuba berbaik dengan Abby tetapi bekas isterinya itu menolak.
Malah, Memey juga tidak pernah menghalang dia daripada berbaik dengan bekas isterinya. Perkara itu juga pernah dibincangkan dan ternyata Memey seorang wanita yang cukup terbuka.
credit:www.bharian.com.my
Tunggu masa sesuai
Labels: Memey Suhaiza, Norman Hakim
Ricky Martin Admits That He is Gay

Ricky Martin was caught on a beach gay-handed. Ricky looks as good looking as ever, and his friend seems to be any less sexy. But nobody seems to know who he is. Gay or not it's always nice to see Ricky having a good time.

Labels: Gay, Ricky Martin, Skandal
Orlando-Miranda kahwin secara rahsia

SYDNEY - Pelakon terkenal, Orlando Bloom dan model pakaian dalam Australia, Miranda Kerr berkahwin secara rahsia selepas sebulan bertunang, kata jurucakap gedung beli-belah David Jones, Colette Garnsey semalam.
Garnsey berkata, Miranda, 27, dijangka tidak menghadiri acara pelancaran fesyen musim bunga pada 3 Ogos ini kerana sedang berbulan madu dengan Orlando, 33.
"Duta fesyen kami, Miranda baru berkahwin dengan Orlando dan bakal bercuti bulan madu bersama serta tidak dapat bersama kami untuk pelancaran terbaru nanti," katanya dalam satu kenyataan.
Namun, kenyataan itu tidak menyatakan bila dan di mana pasangan tersebut berkahwin.
Miranda mula bertemu dengan Orlando di belakang pentas semasa pertunjukan fesyen jenama pakaian dalam terkenal wanita, Victoria's Secret di New York pada 2006 sebelum mereka bercinta pada akhir 2007 dan kemudian bertunang pada bulan lalu.
Orando pernah berlakon dalam filem Kingdom of Heaven. - Agensi
Labels: Orlando Bloom
Krisdayanti minta maaf cium suami orang

JAKARTA - Penyanyi terkenal, Krisdayanti meminta maaf selepas dia mencium kekasihnya, Raul Lemos yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Timor Leste pada satu sidang akhbar di sebuah restoran, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan panggilan KD itu, dia akan belajar daripada kesilapan tersebut setelah membaca pelbagai komen negatif yang dilempar kepadanya di Facebook.
"KD tidak sakit hati dengan komen itu," katanya pasa sidang akhbar di pejabat peguamnya di Menteng, di sini semalam.
Penyanyi itu berkata, pada pagi semalam terdapat pihak yang menganjurkan kempen Say No to KD. Krisdayanti berkata, banyak pihak yang memberi peringatan kepadanya dan dia berasa kesal kerana mencium kekasihnya yang merupakan suami orang itu di tempat awan. Dia yang merupakan bekas isteri penyanyi Anang Hermansyah itu mengucapkan terima kasih kerana pelbagai pihak memberikan teguran kepadanya berhubung isu tersebut.
"Saya berterima kasih dengan adanya masalah itu yang merupakan pembelajaran buat saya.
"Kadangkala saya berasa tidak popular tetapi di luar sana masih ada yang mengharapkan saya untuk bersikap baik," kata Krisdayanti. Kelmarin, Majlis Ulama Indonesia menyatakan keresahannya ekoran tindakan Krisdayanti mencium kekasihnya yang masih belum bercerai dengan isterinya. - Agensi
Labels: Krisdayanti

.jpg)
