Orlando-Miranda kahwin secara rahsia


SYDNEY - Pelakon terkenal, Orlando Bloom dan model pakaian dalam Australia, Miranda Kerr berkahwin secara rahsia selepas sebulan bertunang, kata jurucakap gedung beli-belah David Jones, Colette Garnsey semalam.

Garnsey berkata, Miranda, 27, dijangka tidak menghadiri acara pelancaran fesyen musim bunga pada 3 Ogos ini kerana sedang berbulan madu dengan Orlando, 33.

"Duta fesyen kami, Miranda baru berkahwin dengan Orlando dan bakal bercuti bulan madu bersama serta tidak dapat bersama kami untuk pelancaran terbaru nanti," katanya dalam satu kenyataan.

Namun, kenyataan itu tidak menyatakan bila dan di mana pasangan tersebut berkahwin.

Miranda mula bertemu dengan Orlando di belakang pentas semasa pertunjukan fesyen jenama pakaian dalam terkenal wanita, Victoria's Secret di New York pada 2006 sebelum mereka bercinta pada akhir 2007 dan kemudian bertunang pada bulan lalu.

Orando pernah berlakon dalam filem Kingdom of Heaven. - Agensi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)