Anak Jolie pandai bergaya


TOKYO - Empat anak selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt sudah pandai bergaya apabila mereka tiba di sini sempena tayangan perdana filem terbaru Jolie, Salt di Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.

Memperagakan beraneka pakaian, Maddox, Pax, Shiloh dan Zahara yang masing-masing berusia sembilan tahun, enam tahun, empat tahun dan lima tahun berjalan dengan dipimpin Jolie setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita awal pagi semalam. Maddox, Pax, dan Zahara adalah anak angkat pasangan selebriti tersebut dan cuma Shiloh merupakan zuriat Jolie, 35, bersama pasangannya, Pitt, 46.

Pelakon berkenaan tampil kasual tetapi kemas dengan memakai pakaian hitam yang dipadankan dengan sepasang sepatu perang. Walaupun membawa empat kanak-kanak bersamanya, Jolie kelihatan tenang sepanjang berada di lapangan terbang tersebut. Jolie yang popular dengan watak sebagai pemburu harta karun, Lara Croft dalam filem Tomb Raider itu tiba tanpa ditemani Pitt dan dua anak kembar mereka, Vivienne dan Knox. - Agensi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)