Hubungan Ranbir, Imran putus


DUA aktor pelapis Bollywood, Ranbir Kapoor dan Imran Khan diketahui umum merupakan sahabat baik biarpun saling mengkritik filem lakonan masing-masing.

Mereka tidak pernah ambil hati biarpun pada kebiasaannya Ranbir mengkritik lakonan Imran sebagai teruk.

Namun, khabar terbaru bertiup memberitahu bahawa hubungan persahabatan antara Ranbir dan Imran kini sudah putus.

Menurut sumber, ia tercetus apabila Ranbir berasa hati setelah mendapat tahu tunang Imran, Avantika Malik telah memberikan kritikan negatif terhadap lakonannya dalam filem terbarunya, Raajneeti.

Namun, tidak seperti Imran yang menerima dengan terbuka segala kritikan terhadap lakonannya, Ranbir sebaliknya tidak boleh menerima kritikan Avantika itu.

Ranbir membuktikan dia enggan lagi bersahabat dengan Imran apabila baru-baru ini dia tidak hadir pada majlis tayangan perdana filem lakonan Imran, I Hate Luv Storys dan pelancaran muzik filem terbaru Imran, Peepli Lives biarpun dia sememangnya dijemput khusus untuk datang ke kedua-dua majlis tersebut.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)