PENYANYI yang suka 'demand' tentu tidak akan ke mana. Penganjur akan pasti serik dan akhirnya ia akan merugikan penyanyi itu sendiri.
Inilah yang berjaya dielakkan penyanyi Dag Dig Dug, Haiza, 30, sehingga mampu bertahan lama dalam bidang nyanyian.
"Mungkin kerana saya tidak terlalu berkira sangat soal bayaran maka tawaran membuat persembahan tidak putus. Dalam keadaan sekarang kita tidak boleh terlalu 'demand' atau banyak songeh. Asalkan bayaran berpatutan, saya terima dengan gembira," ujar Haiza.
Malah, sepanjang Ramadan akan datang, Haiza atau Rohaiza Nordin akan menghiburkan pengunjung Hotel Dorsett Regency Kuala Lumpur bersama abang angkatnya, Jaafar Onn. Boleh dikatakan saban tahun Haiza akan muncul bersama Jaafar di hotel sekitar ibu negara kerana mereka cukup serasi. Apatah lagi mereka berdua berasal dari negeri sama iaitu Johor, maka senanglah mereka berceloteh.
Haiza berkata, mulai jam 6 petang, Jaafar lebih dulu akan membuat demonstrasi masakan kepada pengunjung yang datang berbuka puasa. Selepas berbuka, barulah dia dan Jaafar akan membuat persembahan nyanyian. "Mereka yang berbuka di hotel itu boleh membuat permintaan lagu dan bersesuaian suasana pada bulan puasa. Kami berdua biasanya akan menyanyikan irama tradisional. Terasa lebih tenang dan sudah tentu membangkitkan nostalgia," katanya.
Kata Haiza lagi sikap bertolak ansur juga penting untuk menjadi penyanyi. "Bukan mendabik dada tapi artis lama macam saya ini selalu ada undangan sebab kami senang memberikan kerjasama. "Kalau hendak diceritakan mengenai pengalaman, memang banyak pahit manisnya. Dulu, pernah saya menyanyi guna 'healer' kerana sistem audio rosak.
"Saya sedar hari ini ada ramai artis baru, tetapi mereka sangat berkira.
Ada yang membuat persembahan hanya berdasarkan jumlah bayaran yang diterima. Sekiranya bayaran itu sedikit, mereka pun menyanyi ala kadar. Peminat hendak mendengar lagu popular mereka tapi mereka nyanyi lagu orang lain. "Ada artis baru apabila dijemput suka buat perangai. Album belum tentu laku, tapi sudah minta bukan-bukan. Alamatnya, sekali sajalah penganjur akan jemput," katanya.
Haiza berkata, dia juga mendapat tawaran berlakon, tetapi dia lebih mengutamakan nyanyian kerana masa berlakon lebih panjang. Sebelum ini dia pernah berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba.
Dalam pada itu, Haiza dan dua lagi rakan artis, Lisdawati Nazarudin dan Mohd Khardanie Anwa (Danny X-Factor) kini dalam rangka promosi memperkenalkan tuala wanita jenama baru, She. She adalah produk Naraya International Sdn Bhd (NISB) merangkumi pelapik seluar dalam (pantiliner) berharga RM8, tuala wanita untuk kegunaan siang (RM9.80) dan malam (RM8.80) bagi keselesaan pemakai. Produk She turut menerima pengiktirafan ISO9001 dan status halal, mengandungi enam lapisan utama yang mempunyai fungsi tersendiri bagi mengelak kebocoran ketika datang bulan.
She adalah jenama tuala wanita yang pertama di Malaysia yang dihasilkan daripada gabungan arang buluh, 'chitin' dan ion negatif pada cip magnetik pelbagai guna. Penggunaan kain kapas 100 peratus bagi lapisan pertama She bertujuan memberi keselesaan maksimum kepada pemakai, lapisan kedua iaitu cip magnetik pelbagai guna berwarna hitam pula untuk menghilangkan bau kurang menyenangkan selain melancarkan aliran darah. Penggunaan She dijangka dapat mengurangkan risiko kanser dan penyakit vagina lain seperti keputihan, berikutan penghasilannya daripada bahan yang berkualiti. Menggunakan konsep membeli sambil menderma, bermula 1 Julai sehingga 30 September depan, setiap pembelian produk She sebanyak 10 sen akan didermakan kepada Makna bagi membantu golongan pesakit kanser.
Haiza tak banyak songeh
Labels: Haiza
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment