Jessica mengaku tidak sempurna


TAHU dia diiktiraf sebagai antara pemilik badan tercantik di Hollywood, namun Jessica Biel mengakui dia menghadapi masalah untuk terus kekal dengan rutin dietnya itu. Katanya, dia mempunyai seorang jurulatih peribadi terbaik iaitu Jason Walsh yang memaksa dia melakukan rejim senaman tiga kali seminggu dengan pelbagai senaman terutama untuk kaki dan bahagian belakang badannya.

"Saya memberi fokus terhadap senaman saya. Dalam masa yang sama saya hadir ke kelas yoga dan kadang-kadang memasak. Saya melakukan semua kerja," katanya kepada majalah Glamour versi Eropah.

Bagaimanapun, dia mengakui bahawa dia bukan wanita sempurna. "Saya bukan manusia sempurna. Kadang-kadang saya berasa penat untuk berdiet atau bersenam tapi saya harus lakukannya," ujar pelakon yang baru muncul dengan filem terbarunya, A-Team.

Walaupun begitu, kata Jessica dia juga seperti individu lain yang gemar memakan makanan ringan.

Katanya: "Saya suka kentang goreng dan burger Barney's di Los Angeles serta kentang putarnya. Oh, dan saya juga sukakan cili Turki."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)