Chris Brown lempar jam Rolex


SUDAH menjadi kebiasaan apabila seseorang penyanyi popular akan melemparkan barang dari atas pentas kepada penonton sebagai hadiah istimewa ketika membuat sesuatu persembahan.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh penyanyi Chris Brown ternyata sesuatu yang cukup menarik perhatian apabila dia secara tidak sengaja telah melemparkan jam tangan jenama Rolex yang berharga RM65,000 ketika acara MTV Video Music Awards 2011.

Ketika menyanyikan lagu With You, jam tangan yang dipakai penyanyi berkenaan telah longgar. Kemudian dia telah menanggalkannya dah berniat melemparkan di tepi pentas, tetapi secara tidak sengaja dia tersalah lempar ke arah penonton.

Akibat tindakan tersebut, salah seorang pengawal Chris terpaksa turun ke arah penonton untuk mendapat jam itu. Namun, dia bernasib baik apabila salah seorang penonton telah memulangkan semula jam tersebut.

“Walaupun Chris tidak sempat untuk berjumpa dengan penonton berkenaan, tetapi dia sangat menghargai tindakan yang telah dilakukan dan sangat berterima kasih kerana bersikap jujur,” ujar jurucakap penyanyi tersebut.

sumber

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)