ROM, Itali - Seorang aktres Britain merupakan antara 500 wanita glamor yang diundang untuk menghadiri 'majlis memeluk Islam' anjuran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di kediaman Duta Libya di sini pada Ahad lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan, undangan kepada aktres berkenaan, Clio Evans, 28, dan ratusan wanita lain dibuat menerusi sebuah agensi tempatan, Hostessweb.
Majlis tersebut diadakan di Akademi Libya, bandar raya ini selama dua hari berturut-turut selepas Gaddafi menyeru mereka supaya memeluk Islam semasa lawatan rasmi beliau ke Itali.
Sebelum ini, Evans dan dua lagi wanita didakwa telah memeluk Islam selepas mendengar penjelasan terperinci Gaddafi mengenai agama suci tersebut di majlis itu tetapi dinafikan olehnya.
"Saya masih belum memeluk Islam tetapi saya telah berkunjung ke Libya sebanyak tiga kali untuk melawat beliau dan kami menjadi kawan baik. Beliau memberikan saya seutas rantai emas sebagai hadiah," kata aktres berkenaan yang menetap di sini
"Gaddafi merupakan seorang yang amat bersopan dan juga kelakar," tambahnya.
Menurut aktres tersebut, mereka disajikan minuman tanpa alkohol sambil mendengar syarahan pemimpin Libya itu.
Majlis pada hari Ahad lepas merupakan yang keempat dianjurkan oleh pemimpin Libya itu dalam tempoh kurang setahun. - Agensi
credit:KOSMO
Aktres Britain hadiri syarahan Gaddafi
Labels: Clio Evans
Mariah percaya benda karut
MARIAH CAREY dikhabarkan sudah hamil empat bulan. Namun, penyanyi itu enggan mengesahkan atau menafikan berita itu kerana dia seorang yang percayakan kepada benda-benda karut.
Dalam satu laman web miliknya, dia menulis: "Saya menghargai keprihatinan semua orang. Tetapi saya mempunyai kepercayaan terhadap benda-benda karut. Apabila tiba masa yang sesuai, semua orang akan tahu perkara sebenar."
Dalam pada itu, Nick dalam kenyataannya mengatakan Mariah yang digosip sudah hamil empat bukan bakal menjadi seorang ibu yang baik.
Hos rancangan TV, America's Got Talent yang enggan mengesahkan mengenai kehamilan isterinya itu sebaliknya memberitahu majalah People: "Mariah akan menjadi ibu yang baik.
"Kalau saya ada anak nanti, saya akan membesarkan dia sebagaimana saya dibesarkan oleh ibu bapa saya.
Nick, 29, mengakui tidak kisah sekiranya dikurniakan anak lelaki atau perempuan, namun mengakui agak gusar dengan jantina anaknya.
Katanya: "Memang seronok kalau ada anak perempuan sehinggalah apabila dia meningkat remaja. Ketika itu, ramailah yang mengurat dia. Itu agak membimbangkan saya.
"Tapi kalau anak lelaki, saya bimbang pula dia akan tercedera kerana lasak, sebab saya masa kecil dulu pun memang sangat lasak."
credit:KOSMO
Labels: Mariah Carey
Yuna buka pintu ke Amerika
TIGA anak muda berjaya mencipta gelombang - Aizat, Noh dan Yuna saling bercanda dan mengusik sesama sendiri. Tidak ketinggalan, kedengaran ucap serentak dilontar dua jejaka tersebut dalam nada bersahaja: "Kami cemburu dengan Yuna sebab dia dapat pergi ke luar negara untuk mengetengahkan bakat seni kepada orang asing."
Pemilik mata bundar, Yuna pula hanya mampu terkebil-kebil sambil wajah manisnya bertukar merah padam menahan malu dipuji tinggi melangit. Enggan tunduk dengan kenakalan dua sahabat sama aliran itu, sempat juga Yuna mencelah sekali gus mengisyarat dia juga punya potensi bergelar pelawak.
"Aizat dan Noh apa kurangnya. Populariti masing-masing juga sedang naik ditambah ramai peminat terutama wanita yang meminati kamu," jawab Yuna spontan sambil dibalas hilaian tawa Aizat dan Noh sebelum larut dalam perbualan membahas keakraban mereka sebagai sahabat dan memperdagang karya berkualiti.
Tidak dinafikan, Aizat, Noh dan Yuna punya persamaan. Paling ketara, mereka masih ranum baik dari segi umur dan hayat beradu nasib di padang seni. Dikurnia segudang bakat - menyanyi, menggubah serta menulis lirik dan bermain alat muzik, itu pakej dibalut oleh ketiga-tiga nama tersebut sebagai kelangsungan pelapis karyawan sedia ada.
Bukan itu sahaja, Aizat, Noh dan Yuna muncul membuat persembahan di atas pentas sambil membawa kumpulan sendiri. Noh terbiasa dengan ahli kumpulan Hujan manakala Aizat dan Yuna selesa dilihat bersama pemuzik iringan tidak bernama bagi melengkapkan penghasilan bunyi-bunyian indah sewaktu berdendang serta menghibur audiens.
Lantaran itu, penyatuan Aizat, Noh dan Yuna menerusi program raya, Akustika 2010 dijangka bertandang di skrin televisyen pada 11 September pukul 6 petang bukan satu atmosfera luar biasa. Menjalani rakaman di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, individu-individu saling memuji itu nampak teruja saat diminta memuntahkan rasa sesama sendiri.
Cemburu Yuna
Tidak mencuri masa panjang menghurai, Muhammad Aizat Amdan atau Aizat menganggap Yuna dan Noh sebagai bakat muda berjaya menarik perhatian dirinya. Selepas kemunculan mereka, anak muda berusia 21 tahun itu melihat kedua-duanya memiliki aura dalam menghimpun pengikut tersendiri.
"Terus terang, saya anggap Yuna macam kakak manakala Noh ibarat abang selama bergiat dalam industri ini. Selain itu, saya sentiasa mahu mengikut jejak langkah mereka kerana setiap karya dipersembah kepada umum, ia lekas meraih tumpuan daripada khalayak.
"Tipu kalau saya cakap tidak cemburu dengan kejayaan Yuna yang sudah mara setapak di tahap antarabangsa dan Hujan juga dikenali di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Cuma, perasaan ini tidak sampai dengki mendengki. Paling teruk sekalipun, cemburu sikit dengan setiap dicapai oleh mereka.
"Tetapi, ia hanya melibatkan persaingan sihat supaya saya dapat lakukan lebih baik pada masa depan. Setiap daripada kami bertiga ada pencapaian berbeza dan berlainan cerita. Justeru, kami gembira tengok masing-masing melangkah setapak lagi meluaskan skil.
"Pernah terfikir untuk menggandingkan saya, Noh dan Yuna dalam sebuah projek istimewa selain menyanyi di pentas sama. Tetapi, mereka sangat sibuk dengan komitmen kerja. Harap ia jadi kenyataan suatu hari nanti," jelasnya yang sempat menghubungi Yuna ketika penyanyi lagu Dan Sebenarnya itu berada di Los Angeles selama tiga bulan mencari peluang membikin album dan menjayakan persembahan.
Julang Aizat
Vokalis Hujan, Mohammad Noh Salleh atau akrab disapa sebagai Noh, 25, pula menjulang Aizat sebagai antara graduan Akademi Fantasia (AF) paling menyerlah. Apa tidaknya, dia berhasil membuktikan dirinya sebagai pendatang baru punya variasi kemahiran untuk dikongsi bersama peminat.
"Sejujurnya, saya cukup menghormati Aizat. Sebelum kami betul-betul rapat, saya beberapa kali pernah melepak dengan Aizat. Tidak malu cakap, saya sentiasa teruja untuk mengenali insan-insan hebat seperti Aizat yang ada keupayaan membikin serta menulis lagu dengan stail tertentu.
"Benar, ada orang yang sukar sikit hendak faham dengan sesebuah lirik lagu ditulis. Tetapi, impak penulisan Aizat cukup berkesan. Aizat menjadi antara orang-orang misteri menurut pemerhatian saya," jelasnya yang ternyata tidak sabar lagi menjalankan kolaborasi dengan Aizat dan Yuna kelak.
Mengulas tentang keperibadian dan pengkhususan Yuna, pelontar Pagi Yang Gelap itu menerangkan, selain memiliki wajah jelita, artis sinonim dengan imej bertudung tersebut ada keberanian menghadapi rintangan di laluan depan. Mengambil contoh, dikritik khabarnya kurang mesra dan sukar memberi kerjasama dengan pihak media sebelum ini.
"Bayangkan, walaupun dia masih mentah dalam muzik arus perdana, Yuna okey saja melalui pengalaman dihentam para wartawan. Bukan calang-calang, kalau artis baru, sudah pasti ada antara mereka awal-awal lagi telah mengaku kalah sekali gus tidak berupaya meneruskan perjuangan.
"Diakui, perkenalan saya dengan Aizat boleh dikatakan baru. Dengan Yuna, kami mengenali antara satu sama lain sekitar tiga tahun lalu semasa terlibat dalam muzik bebas. Malah, Yuna sebelum masuk ke pentas komersial, dia pernah bertanya pendapat saya terlebih dulu," ujar Noh sambil mengerling ke arah Yuna yang duduk bersebelahan dengannya.
Noh abang
Puas sudah berdiam diri, giliran Yuna, 23, pula membuka lembaran satu persatu mengulas tentang Aizat dan Noh. Pemuja Alanis Morrissette dan Norah Jones itu mengaku dua artis dambaan ramai wanita itu merupakan orang-orang paling erat dengan dirinya dalam dunia muzik tanah air.
"Kebetulan, kami banyak persamaan yang membuatkan Aizat, Noh dan saya boleh duduk sekali bercakap soal muzik sambil bergelak ketawa. Saya baru kenal rapat dengan Aizat ketika kami menjayakan persembahan di satu pentas sama Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM 17) beberapa bulan lalu.
"Saya lihat Noh dan Aizat sebagai abang dan adik. Sudah pasti, saya mahukan kami yang masih baru ini dapat bertahan lama dalam lapangan hiburan. Kalau boleh, saya hendak setiap daripada kami ada pencapaian lebih besar selepas ini lalu mampu mengharumkan nama negara di mata dunia.
"Begitupun, dengan bakat dimiliki oleh Aizat atau Noh, saya harap dalam usia 40 tahun, kami masih boleh berkarya untuk industri. Indah rasanya dapat merealisasi setiap impian dipendam kerana kami boleh dianggap mendaki tangga bersama merasai manis dan pahit sebagai penggiat seni," tuturnya manakala Aizat dan Noh yang berada dekat di sisinya bertepuk tangan tanda setuju dengan bicara Yuna.
Sebelum perbualan bertemu titik noktahnya pada malam itu, sekali lagi Aizat dan Noh membuka mulut sambil menunjukkan reaksi wajah penuh sedih dan kasihan: "Yuna, jangan lupa bawa kami sekali kalau pergi ke Amerika Syarikat (AS) selepas ini. Teringin juga hendak tembusi pasaran luar dan kerja dengan orang-orang hebat."
Yuna yang muncul dengan album sulung, Decorate itu kini berada di AS selepas menerima tawaran menyertai label pengurusan, Kensaltown Studios yang pernah mencungkil bakat penggubah lagu termasuk beberapa nama masyhur di Hollywood seperti James Morrison, James Blunt dan Jason Mraz.
Gadis Melayu 3 tiada penyingkiran
RANCANGAN realiti TV Gadis Melayu yang berteraskan nilai-nilai tradisional sebagai lambang tamadun dan warisan bangsa Melayu kini kembali lagi di TV9 untuk musim ketiga.
Masih berdiri kukuh dengan idea asal program dua musim sebelum ini, Gadis Melayu musim ketiga itu bagaimanapun diberi suntikan elemen tradisional dan kontemporari serta kandungan yang lebih menarik, informatif dan penuh kejutan.
Itu yang akan menjadi landasan buat para peserta musim baru ini berpegang, sekali gus bertarung merebut posisi juara. Lebih menarik, pertarungan musim ini tidak akan menyaksikan penyingkiran kerana pihak produksi berpendapat setiap peserta yang terbabit mempunyai hak untuk diadili sehingga akhir program tersebut.
“Kelainan yang ditampilkan dalam musim ketiga ini ialah tidak akan ada penyingkiran sehingga episod akhir. Ini kerana kami berpendapat, semua peserta yang bertanding mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
“Jadi jika ada yang tersingkir seawal minggu pertama, ia seperti tidak memberi peluang atau hak untuk mereka menonjolkan apa yang ada dalam diri mereka,” jelas Penerbit Eksekutif Gadis Melayu 3, Wan Sabariah Shikh Ali, sewaktu sidang media memperkenalkan barisan peserta program tersebut.
Telah memulakan episod sulungnya pada Jumaat minggu lalu pukul 9 malam, Gadis Melayu 3 juga hanya akan dibarisi oleh sembilan gadis sahaja, berbanding 12 peserta pada musim terdahulu.
Menjalankan uji bakat terhadap gadis berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun di Kota Bharu (Kelantan), Johor Bahru (Johor), Sungai Petani (Kedah), Shah Alam (Selangor) dan Sri Pentas, kata Wan Sabariah lagi, para peserta perlu bersedia untuk meniti proses pembelajaran dan pendedahan aspek-aspek fizikal dan kerohanian yang membentuk nilai kemelayuan pada diri calon ikon Gadis Melayu.
Munurutnya, sepanjang uji bakat dijalankan pelbagai kerenah dapat dilihat apabila peserta diberi tugasan seperti mengukur kelapa, menyediakan sambal belacan dan menata rias busana Melayu pada patung.
“Apa yang cuba diketengahkan dalam rancangan ini adalah warisan bangsa Melayu tidak harus dibiarkan terhakis begitu sahaja walaupun kita hidup di persekitaran moden dalam gelombang globalisasi.
“Untuk meraih gelaran Ikon Gadis Melayu musim ketiga, peserta bukan sahaja harus menitikberatkan tentang keanggunan dan imej gaya diri, malah pengetahuan dan kemahirannya dalam pelbagai aspek juga harus diasah dan digilap,”ujarnya yang pertama kali menerajui program realiti ini mengganti posisi asal penerbit Shukri Ibrahim.
Sembilan peserta tersebut terdiri daripada, Afiqah Hazwani Md. Nordin, 18 (Johor), Nur Diana Zainuddin, 19, (Pulau Pinang), Nor Shamimi Ernida Mansor, 20, (Kedah), Norhidayah Samsudin, 21, (Johor).
Antara yang lain seperti, Siti Nurzakiah Abdul Aziz, 21, (Selangor), Siti Mastura Mohamad Saleh, 24, (Pahang), Fatheen Nabila Ghazali, 24, (Johor), Norazrina Mohd Salleh, 25, (Selangor) dan Siti Amira Mustakhim, 25, (Kedah).
Gadis Melayu 3 bakal dikendalikan oleh pelakon, Ashraf Muslim, sementara bagi proses pemarkahan pula akan dinilai oleh juri sepenuhnya dan diterajui oleh Ezzah Aziz Fawzy selaku juri tetap.
credit:KOSMO
Labels: Gadis Melayu
Ameesha Patel dijangkiti kuman
AKTRES jelita Ameesha Patel tidak mempunyai mood yang baik ketika menjalani penggambaran untuk sebuah filem Telegu di Hyderabad baru-baru ini.
Ini kerana dia baru sahaja kematian neneknya beberapa hari sebelum penggambaran berlangsung.
Disebabkan cuaca yang panas ditambah pula dengan kesihatan Ameesha yang tidak terjaga, dia telah pengsan di set penggambaran dan dikejarkan ke hospital.
Berita Ameesha yang ditahan di wad menyebabkan ibunya bergegas dari Mumbai untuk berada di samping anaknya itu.
Menurut sumber yang rapat dengan Ameesha: "Sebenarnya Ameesha sangat rapat dengan neneknya yang baru meninggal dunia. Dia tertekan selepas kehilangan neneknya itu.
"Bagi melupakan kesedihannya, dia menyibukkan dirinya dengan penggambaran meskipun keluarganya menasihati supaya dia berehat untuk satu tempoh masa sehingga semangatnya kembali pulih."
Abang Ameesha, aktor Ashmit Patel mengesahkan berita adiknya di masukkan ke hospital. Katanya, disebabkan cuaca panas dan debu di bandar Hyderabad ditambah semangatnya yang masih lemah menjadi punca adiknya pengsan.
Selain itu tambah Ashmit, Ameesha turut dijangkiti kuman ketika berada di sekitar bandar tersebut. Itu juga antara puncanya pengsan. Meskipun begitu, Ashmit gembira kerana ibunya berada di sisi adiknya dan menjaga dia dengan baik.
"Jangan risau, dia hampir sembuh dan akan kembali bekerja seperti biasa dalam masa terdekat," kata Ashmit lagi tentang perkembangan kesihatan adiknya itu.
Labels: Ameesha Patel
Maya pencinta sejarah
SEMALAM, sehari sebelum Malaysia mencapai puncak kemerdekaan ke-53 tahun hari ini, Maya Karin rancak bercerita tentang jiwanya yang begitu mencintai sejarah, tentang kemerdekaan tanah bertuah Malaysia serta melampiaskan mimpi jika dia menjadi Perdana Menteri Wanita Malaysia pertama.
Dia teruja kerana tahun ini Malaysia sekali lagi akan menyambut ulang tahun dengan cara tersendiri. Bagi Maya, banyak revolusi yang telah terjadi sepanjang mencapai usia 53 tahun.
Diminta menyenaraikan lima perkara tentang Malaysia yang selalu dibanggakan, Maya memulakan ia dengan piramid klise.
“Saya tahu bunyinya memang sangat klise, berbilang bangsa. Tapi hal yang klise inilah yang telah menjadikan Malaysia begitu unik dan tidak diperoleh di negara lain. Yang kedua kerana makanan yang pelbagai, juga kerana kita mempunyai rakyat berbilang bangsa,” katanya.
Maya kemudian menyenaraikan antara hal yang dibanggakan dan dianggap telah merdeka pada masa kini adalah alam sekitar dan warisan Malaysia.
Sebagai aktivis yang memperjuangkan alam sekitar, Maya akui, kesedaran sivik masyarakat terhadap alam sekitar berbanding lima tahun lalu telah menunjukkan progres yang amat membanggakan. Ia sekali gus lambang kemerdekaan minda dan warisan yang Malaysia perolehi kini mampu dipelihara.
“Saya juga boleh katakan sikap masyarakat Malaysia, jika dibandingkan dengan masyarakat luar negara, kita boleh berbangga kerana tertib, sopan dan kemerdekaannya,” kata Maya sebelum memberitahu hanya ada satu sahaja hal yang dianggap belum merdeka baginya.
Katanya serius: “Industri hiburan. Hanya industri hiburan kita saja yang belum boleh dibanggakan dan dianggap merdeka. Ini kerana saya rasakan kadang-kadang banyak hal dalam industri menjadi remeh dan terlalu longgar misalnya daripada segi undang-undang dan hak perlindungan pekerja hiburan.
“Satu lagi yang membuat saya rasa industri hiburan tidak merdeka pada tahun ini adalah kerana terlalu banyak percanggahan dan pertelagahan yang berlaku sesama anak seni sejak awal tahun. Ia telah menjadi cermin yang kurang baik untuk industri kita,” katanya panjang lebar.
Bagi Maya, memahami dan mendalami erti merdeka itu amat besar maknanya. Kerana itu dia begitu mencintai sejarah. Lahir dalam sebuah keluarga yang mempunyai darah Eropah yang begitu megagungkan sejarah bangsa dan negara mereka, Maya terikut larut mencintai sejarah Malaya yang merupakan sebahagian daripada darah dagingnya sendiri.
Malah tanpa sedar, dia sendiri banyak terlibat dalam beberapa naskhah yang mengangkat isu sejarah seperti filem Hati Malaya : 1957, teater Natrah dan terbaru, Tamingsari.
“Saya sangat cintakan sejarah. Sayangnya tidak ramai yang bersikap sedemikian di negara kita sedangkan sejarah amat penting untuk perkembangan sesebuah legasi dan masyarakat.
“Kebetulan, saya boleh tumpahkan cinta dan sayang saya pada sejarah negara dengan membabitkan diri dalam naskhah-naskhah tentang negara dan saya tidak melepaskan peluang itu,” ujar pelakon yang kini sibuk mengendalikan program Nona.
Perdana Menteri Wanita
Mengajak Maya bermimpi jika takhta pemimpin negara menjadi miliknya, apa yang akan digubal dan mahu dilaksanakan kepada Malaysia, Maya ketawa besar. Pantas dia menyenaraikan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan.
Perkara pertama yang akan digubal adalah akta pelupusan penggunaan beg plastik dan memulihara alam sekitar agar mampu berdiri setanding dengan negara luar seperti Jerman dan Denmark. “Sesiapa yang menggunakan plastik beg akan didenda penjara 20 tahun,” kata Maya sambil ketawa besar.
Dia juga mahu menguruskan kesesakan lalu lintas dengan sebaik mungkin dan menaik taraf sistem pengangkutan awam.
Malaysia kata Maya harus berfikir maju 10 tahun dalam pelaksanaan pengurusan kesesakan lalu lintas kerana setiap hari populasi rakyat bertambah. Sementara untuk pengangkutan awam, ia harus lebih sistematik dan maju.
Juga yang paling penting, dia mahu silaturrahim antara semua kaum tetap erat. Itu penting supaya Malaysia kekal harmoni dan terus terpelihara daripada sebarang anasir yang boleh memporak-perandakan negara tercinta ini.
Hal ini dikutip Maya apabila lewat kebelakangan ini terlalu banyak isu yang dipropagandakan sehingga boleh menimbulkan huru-hara dan menyinggung sensitiviti. Itu yang dibimbangkan Maya tentang masa depan Malaysia.
“20 tahun dahulu, apabila jiran beragama Islam duduk semeja untuk minum kopi dengan orang Cina misalnya, ia tidak menjadi satu isu atau propaganda. Itu dilihat sebagai semangat perkauman.
“Berbeza dengan suasana sekarang yang telah banyak dipropagandakan. Kalau ada rakan Melayu duduk makan bersama kawan Cina di sebuah kopitiam atau sebagainya, ia boleh menjadi satu isu, termasuk isu berkaitan agama. Itu yang membimbangkan saya.
“Kerana seharusnya untuk sebuah negara yang telah berpuluh tahun hidup dalam suasana berbilang bangsa, isu perkauman tidak elok ditimbulkan.
“Sepatutnya setiap individu harus mempunyai rasa hormat terhadap individu lain supaya kita terus hidup dalam keharmonian,” ujarnya yang tidak mahu Malaysia roboh dengan tiada semangat hormat menghormati.
credit:KOSMO
Labels: Maya Karin
Heidi menyesal besarkan payu dara
HEIDI MONTAG yang sebelum ini pernah melakukan beberapa pembedahan membesarkan payu dara dan pada bahagian hidung kini berasa risau dirinya akan mengalami nasib seperti Michael Jackson. Dia yang popular menerusi siri The Hills terkenal kerana pernah menjalankan 10 pembedahan kosmetik dalam sehari.
Kini, aktres itu berasa menyesal kerana membesarkan payu daranya kepada saiz G dan mahu mengeluarkan implan tersebut. Katanya: "Payu dara saya membuatkan saya menyesal. Badan saya masih cuba untuk menerima payu dara itu.
"Saya mengambil banyak pil tahan sakit tetapi ia tidak berkesan. Ia amat menyakitkan. Saya terdesak untuk mendapatkan kembali saiz normal. Saya akan mengecilkan saiz mungkin kepada saiz D."
Aktres berusia 23 tahun itu juga menyatakan dia tidak mampu menjalani kehidupan normal kerana saiz payu daranya. Tambah Heidi: "Saya obses dengan senaman dan adalah mustahil bagi saya untuk bersenam dengan payu dara sebenar ini. Saya tidak boleh menjalani kehidupan biasa."
Selain daripada itu, Heidi juga memakai pita hidung sejak November lalu kerana risau hidungnya akan jatuh. Jelasnya kepada majalah Life and Style: "Saya cuba mengekalkan hidung saya seperti mana yang dibedah oleh Dr. Frank Ryan. Saya tidak mahu hidung saya jatuh."
Namun, Heidi juga takut dia tidak mampu memperbaiki kesan yang berlaku selepas pembedahan kerana Ryan telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya awal bulan ini.
"Saya rasa seperti terperangkap dalam diri sendiri. Tiada apa yang boleh diperbaiki. Ryan tahu apa yang dilakukannya dan dia tahu segala-galanya mengenai badan saya," ujarnya.
Heidi juga mengaku pembedahan dramatik itu telah menyumbang kepada masalah perkahwinannya bersama aktor Spencer Pratt.
Kata Heidi: "Tiada orang yang mahu menjaga isteri yang kelihatan seperti dia baru sahaja mengalami kemalangan teruk. Dia ada merayu supaya saya tidak melakukan pembedahan."
credit:http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm
Labels: Heidi
Mahu bawa isteri buat haji
SEMALAM, tepat pukul 3 petang, pelakon popular, Fahrin Ahmad melangkah kaki keluar dari negara tercinta ini menuju ke rumah Allah bagi mengerjakan umrah. Gagah membawa sekeping tubuh yang penuh nekad tanpa ditemani sesiapa, jejaka berusia 31 tahun itu mengunjungi ke Tanah Suci selama dua minggu dan kepulangannya pada hari raya ketiga nanti.
Bukan sengaja menjauh apatah lagi mahu meleraikan segenap kekusutan yang bersarang di jiwa, aktor terkenal dengan sikap peramah itu bagaimanapun mengambil kata putus untuk menyambut akhir Ramadan dan merayakan Hari Raya Aidilfitri di kota Mekah. Tiada sebarang niat lain. Dia sebenarnya sudah lama menanam impian tersebut. Cuma, baru sekarang dapat direalisasikan.
Biarpun portfolio Fahrin sebelum ini berbekam variasi kisah kontroversi, dia semahunya ingin menanggalkan daki bersisa yang terpalit.
Jika diizinkan Allah, anak kelahiran Skudai, Johor itu menginginkan keharmonian yang pernah sedikit tergugat itu mampu kembali mendatang dengan udara baru. Atau barangkali lebih melancarkan setiap sedutan nafasnya selepas ini.
“Saya ke sana kerana hendak cari ketenangan terbaik. Pada waktu sama, saya ingin berdoa sebanyak mungkin bagi kesejahteraan diri, keluarga dan rakan-rakan.
Malah, kegembiraan saya ini mencapai tahap kemuncak apabila kondisi kesihatan ibu saya beransur pulih selepas dia mengalami sakit tulang belakang dan berada di wad hampir sembilan bulan lamanya.
“Kalau berada di sana, perasaan setiap manusia terlahir dalam situasi yang berbeza. Setiap orang ada masalah sendiri. Cuma niat mereka kena betul.
“Kita hendak menunaikan ibadat dan bukan mahu menjadikan ia sebagai tempat merujuk masalah semata-mata. Begitupun, kita digalakkan untuk berdoa kepada Yang Maha Esa tambahan pula jika sedang menjalani apa jua bentuk ujian.
“Pada pendapat saya, kalau ada orang ingin melancong ke luar negara sebab hendak bawa diri, lebih baik mereka mengerjakan umrah lebih-lebih lagi 10 Ramadan akhir sentiasa disebutkan Allah mendengar setiap doa hamba-hamba-Nya,” luah Fahrin ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama 50 rakan laman sosial, Facebook miliknya dan 10 pelajar Tahfiz Al-Hidayah di Villa Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur minggu lalu.
Kunjungan Fahrin ke Tanah Suci merupakan kali keempat sepanjang hayatnya bermula 2007. Setahun kemudian, dia melawat lagi ke rumah Allah pada bulan puasa.
Bagaimanapun, dia tidak sempat menyambut 10 hari terakhir Ramadan di situ. Justeru, aliran darahnya mengalir laju untuk kembali menjalankan ibadat pada hari-hari sebelum tertutupnya pintu Ramadan 1431 dan memunculkan bayangan Syawal.
Hari Raya Aidilfitri buat kali pertama dia meraikannya ‘sebatang kara’, jelas Fahrin, dia sebaliknya belum mampu menebak sebenar situasi di Mekah pada waktu berkenaan. Tidak mampu berselindung, hatinya sendiri bergelora dan penuh tanda-tanya, menantikan kenyataan bakal bermain di depan matanya. Apa yang pasti, dia menyerahkan segala-galanya terhadap kuasa Sang Pencipta.
“Terus terang, saya hanya tahu perasaan ini ketika berada di sana pada hari raya nanti. Tidak boleh mahu digambarkan sekarang. Biar apa jua akan terjadi, saya redha.
“Ini kerana sudah lama saya memasang angan-angan hendak menyambut Ramadan dan Syawal di sana tambahan pula masih bujang,” jelasnya yang awal-awal lagi sudah memohon keizinan daripada keluarga tercinta.
Dalam diam, Fahrin pernah membayangkan angan-angan untuk mengerjakan haji dengan isterinya. Cuma, buat masa ini, belum ada sebarang petanda yang menampakkan sosok atau barangkali kelibat wanita pujaan hatinya itu hadir dalam waktu terdekat. Biar harus menantikan sedikit waktu atau berkemungkinan lebih lama, dia bagaimanapun tetap akur dengan segala takdirnya.
“Biar apa jua yang berlaku, cari jodoh menjadi tanggungjawab saya. Buat masa ini, hendak cakap saya tutup pintu hati, memang tidaklah. Tetapi, mahu cakap terlalu buka perasaan ini juga bukan. Saya akui tidak menolak untuk berkawan dengan sesiapa sekarang. Cuma, selepas ini, saya mahu tempoh percintaan kami lebih pendek dan matang sehingga kekal dunia dan akhirat,” santun tutur Fahrin.
Jurucakap produk pertama penjagaan kulit khusus untuk lelaki, Garnier Men sejak tahun lalu ini menjelaskan, dia lebih banyak berehat di rumah selepas penat bekerja beberapa bulan lalu. Sebelah malamnya pula usai waktu berbuka puasa, terisi dengan menunaikan sembahyang tarawih di masjid sementelah bulan ini punya keistimewaan berbanding bulan lain.
“Saya hanya mengambil satu tawaran, Pengantin Untuk Dijual yang bakal bersiaran 10 Oktober ini di saluran Astro Box Office. Sudah lebih seminggu saya menjalani penggambaran drama bersiri ini bersama Aqasha, Rita Rudaini, Kuza dan ramai lagi.
Membawakan watak sebagai Danial, saya berdepan konflik sehingga berdendam dengan Firdaus (Aqasha).
“Tidak ketinggalan, saya cukup merindukan tugas mengacara. Ada menerima pelawaan sebelum ini. Tetapi, saya kena menolak sebab terikat dengan jadual lakonan tanpa henti. Selepas raya, saya mahu mempertimbangkan semula tawaran bergelar hos,” akui Fahrin yang sempat beberapa kali menghadiri undangan berbuka puasa dengan anak-anak yatim dan warga tua di ibu negara.
credit;http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
Labels: Fahrin Ahmad
Miley sudah berpisah dengan kekasih
LOS ANGELES - Bintang muda popular Amerika Syarikat (AS), Miley Cyrus dilaporkan kembali menyendiri sehari selepas majalah US Magazine melaporkan Liam Hemsworth mengesahkan berpisah dengan remaja Disney itu.
Miley, 17, mula mengenali pemuda Australia berusia 20 tahun itu ketika sesi penggambaran filem The Last Song tahun lalu. Aktres Disney itu menganggap dia belum terlintas untuk bercinta secara serius ketika itu.
Sebuah akhbar melaporkan Hemsworth berjalan di sebuah pantai dengan gembira bersama Miley dan menimbulkan persoalan sama ada mereka memang berpisah atau gosip yang tersebar selama ini hanya khabar angin.
Namun, kenyataan terbaru ejen Hemsworth mengesahkan hubungan pasangan itu sudah berakhir walaupun majalah Parade pada Mac lalu mendakwa, Miley menafikan hubungan mereka telah putus atas sebab tidak diketahui.
"Ia memang kelakar. Apa yang berlaku, kami bergelak ketawa dan menjalani penggambaran di pantai tersebut dan tiada apa-apa yang boleh dijelaskan mengenai kemunculan kami bersama," kata Hemsworth.
Pada Jun lalu, Miley menerusi laman web rasminya menafikan desas-desus kononnya mereka sudah berpisah dan mendakwa, dia gembira bersama dengan Hemsworth selepas tiga tahun mencari cinta yang serasi. - Agensi
Credit:http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
Labels: Miley Cyrus
Marshanda rahsia tarikh nikah
PASANGAN kekasih Marshanda dan Ben Kasyafani nampaknya menjalani ibadah puasa dalam suasana gembira. Apa lagi mereka akan bernikah nanti. Lantas banyak aktiviti mulia di bulan Ramadan dilakukan mereka bersama-sama.
"Ya, puasa tahun ini kami amat gembira kerana banyak aktiviti mulia kami lakukan bersama. Semoga semuanya mendapat berkat," kata Marshanda.
Malah sambil berseloroh, Ben mengatakan berpuasa dengan Marshanda membuat dia lupa akan rasa lapar dan dahaga.
Katanya: "Puasa tahun ini paling enak. Banyak kegiatan, sehingga terlupa tentang lapar dan dahaga."
Saat ditanya tentang rencana balik kampung, Marshanda mengaku jika dirinya tidak akan balik ke kampun seperti kebanyakan orang. Ini kerana, semua keluarga besarnya memang berada di Jakarta.
Kemudian saat disogok tentang persiapan pernikahannya, pelakon itu mengunci mulut daripada memberi sebarang informasi. Marshanda tetap enggan untuk membicarakan soal rencana persiapan pernikahannya. Dia mengaku tak mahu dirinya terbeban memikirkan rencana besar itu.
"Doakan saja semoga semua rancangan berjalan lancar," kata Marshanda ringkas.
Sementara itu, Ben pula mengatakan jika dirinya dan Marshanda memang telah menjalani proses itu. "Nantilah, kami juga masih dalam proses. Belum ada persiapan ke arah itu," ujar Ben.
Dia turut menegaskan, mereka tidak akan melangsungkan perkahwinan secara senyap. Dirinya juga berjanji akan mengundang wartawan ke pernikahan mereka kelak.
"Insya-Allah wartawan tidak akan kami lupakan," katanya lagi.
Credit:http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm
Labels: Marshanda
Bunga keracunan makanan
SUDAH memasuki usia lapan bulan hamil, Bunga Citra Lestari nampaknya teruja menyambut kehadiran anak sulungnya dengan Ashraf Sinclair pada Oktober ini.
Namun dalam pada teruja membuat persediaan menyambut bayi, Bunga rupanya baru diserang keracunan makanan. Tetapi menurut Ashraf, keracunan tersebut tidak memudaratkan isterinya itu.
Ashraf berkata demikian sewaktu ditanya media Indonesia yang hadir ke Jakarta Theater baru-baru ini selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan alat bantu dengar bagi golongan yang memerlukan.
"Sebenarnya Bunga mahu ikut serta ke majlis ini. Tapi dia mengalami keracunan makanan. Bagaimanapun ia bukan keracunan yang serius dan menurut doktor ia biasa berlaku kepada ibu yang hamil. Bunga hanya perlu berehat," ujar Ashraf saat ditanya media tentang ketidakhadiran Bunga bersamanya.
Ashraf yang memberitahu tidak panik dengan keadaan itu turut memberitahu Bunga kini lebih kerap melakukan senaman termasuk membuat yoga dan banyak berjalan untuk memudahkan proses bersalin kelak.
Terdahulu, bulan lalu, sewaktu usia kandungan tujuh bulan, Bunga memberitahu dia dan Ashraf mula memperkenalkan suara suaminya itu kepada anak di dalam kandungan.
"Ashraf suka membaca di perut saya. Dia banyak membeli buku dan setiap hari membaca sehelai demi sehelai buku itu agar anak kami kenal suaranya," ujar Bunga yang tidak akan membuat kenduri menyambut bayi lagi kerana sudah melakukannya pada usia kehamilan empat bulan lalu.
Credit:http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
Labels: Bunga Citra Lestari
Zaiton Sameon sedar diri
20 tahun dulu, nama penyanyi Zaiton Sameon berada di puncak namun, kemalangan ngeri yang meragut nyawa anak tunggalnya Azirwan Abu Bakar (ketika itu berusia 13 tahun) pada 21 Februari 1990 di Batang Kali, Selangor secara tiba-tiba menggelapkan dunia Zaiton.
Kesan daripada kemalangan itu, Zaiton sakit untuk tempoh yang lama dan menyebabkan kerjaya nyanyian merudum. Kini, pada usia 53 tahun Zaiton masih gagah menyanyi. Pantang ada yang meminta dia menyanyikan lagu popularnya Menaruh Harapan, pasti permintaan itu akan ditunaikan.
Bertemu dengan Zaiton pada majlis Semarak Ramadan Bersama Karyawan baru-baru ini dapat dilihat jelas, semangat dan hidupnya hanyalah pada dunia nyanyian. Mengerti sekarang bukan lagi zaman kegemilangannya, Zaiton hadir dalam dunia seni hanya kerana minat.
"Saya tahu sekarang bukan lagi zaman saya, saya terima kenyataan itu. Penyanyi baru pun semakin ramai, mana mungkin saya bersaing dengan mereka. Kehadiran saya dalam bidang seni sekarang ini hanya kerana minat dan cinta saya pada nyanyian itu sahaja," katanya.
Tambahnya yang masih mengambil tawaran nyanyian untuk majlis makan malam dan perkahwinan, hatinya terguris kerana merasakan dirinya seolah-olah disisihkan oleh industri seni itu sendiri.
Impiannya kini hanya satu iaitu ingin menghasilkan sebuah album baru. Namun, untuk merealisasikan hasratnya itu bukan mudah kerana ia memerlukan modal yang besar.
"Saya terkejut kerana setiap kali saya buat persembahan ramai peminat bertanyakan bila saya mahu buat album baru. Ikut hati memang sudah lama saya buat. Nak buat album tetapi saya tidak ada duit macam mana? Jadi saya harus tunggu penaja yang sudi menaja album saya. Kalau album ini jadi saya ingin konsepnya sama seperti album saya dulu,"ucapnya yang mengatakan Aishah antara penyanyi kegemarannya.
Bercerita tentang filem Zaiton-Ceritaku yang diadaptasi daripada kisah hidupnya, dia sendiri tidak sabar untuk melihat hasilnya kerana wajah Mislina Mustapha, pelakon yang memegang watak sebagai Zaiton dalam filem itu sangat mirip dengan dirinya.
"Wajah hampir sama dengan saya tetapi saya masih tidak tahu hasilnya bagaimana. Selepas saya tengok filem itu baru saya boleh beritahu berapa peratus jalan ceritanya mirip dengan kisah kehidupan saya," katanya yang kini menetap di rumah ibu angkatnya di Johor Bahru dan jika ada persembahan di Kuala Lumpur, Zaiton akan menumpang di rumah rakannya di Beranang, Selangor. - HARYATI KARIM
Credit:KOSMO
Labels: Zaiton Sameon
Emosi filem PCK
BELUM sembuh sepenuhnya, doktor telah menasihatkan aktor Singapura, Gurmit Singh untuk tidak datang ke Malaysia untuk aktiviti mempromosikan filem terbarunya, Phua Chu Kang The Movie. Namun, Gurmit tidak mahu mengecewakan peminatnya.
Labels: Phua Chu Kang
Paris Hilton nyaris disamun
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Selebriti Paris Hilton cemas apabila dia hampir disamun semasa berada di kediamannya di bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Selebriti yang popular menerusi program realiti televisyen The Simple Life itu sedang tidur apabila seorang lelaki bersenjatakan dua bilah pisau cuba memecah masuk ke banglonya sekitar pukul 7 pagi semalam (waktu tempatan).
Terkejut mendengar bunyi bising, selebriti berkenaan yang juga seorang aktres, segera menelefon polis apabila melihat perompak itu menerusi monitor sistem kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.
Paris, 29, kemudian memaklumkan peristiwa cemas itu kepada para peminatnya di laman web jaringan sosial Twitter.
"Amat menakutkan, saya terjaga kerana terdengar seorang lelaki memecah masuk ke dalam rumah saya dengan membawa dua bilah pisau besar," kata Paris.
"Nasib baik, polis segera tiba dan menangkap perompak itu," tambahnya. - Agensi
Labels: Paris Hilton
Lee kahwin Oktober
LEE SOO YOUNG yang pernah membuat kenyataan ingin berkahwin secepat mungkin nampaknya mengotakan janji apabila akan berkahwin pada bulan Oktober ini. Mengikut jadual, Lee akan berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan seorang pekerja bank pada 5 Oktober ini di sebuah dewan persandingan di Kangnam, Seoul, Korea.
Lee dilaporkan telah lama menjalin hubungan dengan bakal suaminya itu secara rahsia. Walaupun tidak menyorok hubungannya kepada teman-teman, namun teman-teman pelakon ini menghormati permintaannya untuk tidak menghebohkan hubungan cinta dia dengan pekerja bank tersebut
Sebelum ini Lee telah membuat kenyataan yang berbunyi: "Saya mahu berkahwin cepat dan membina sebuah keluarga yang bahagia. Sekarang ini, saya sedang mengambil kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan berasa personaliti saya sangat sesuai untuk berkahwin muda.
"Dalam masa yang sama, saya juga mahu mempunyai ramai anak. Saya mahu ia terlaksana dengan segera."
Labels: Lee Soo Young
Waheeda sudah setahun berniqab
IMPIAN untuk berniqab, tidak dinafikan telah lama wujud dalam kotak fikir penyanyi terkenal dengan lagu Wassini, Waheeda, 31. Malah, angan-angan itu pernah dilontar kepada ahli keluarga sebelum bergelar isteri orang lagi. Cuma, pada waktu tersebut, dia harus menangguhkan terlebih dahulu niatnya sebelum merealisasikan penghijrahan besar.
Sebaik sahaja jodohnya ditakdirkan dengan penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy, 41, di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor pada 6 Ogos 2009, Waheeda yang terus mengambil keputusan meninggalkan gelanggang seni terus menyarung niqab.
Sebelum ini, timbul sedikit kekecohan apabila gambar Waheeda berniqab tersebar di Internet. Ada yang percaya, ada juga menidakkan. Begitupun, Waheeda lebih selesa berdiam diri dan tidak memberi sebarang penjelasan berhubung penghijrahan dilakukan. Berlalu begitu sahaja kisah tersebut, kini ia muncul dan diperkata kembali.
Itu semua selepas kemunculan pertama Nor Wahidah Abdul Wahab bersama suami pada majlis pelancaran Program Raya Di Astro, Macam-Macam Ada di Bora Asmara, Sungai Penchala, Kuala Lumpur baru-baru. Mengaku sedikit malu kerana lama tidak menjadi tumpuan ramai, Waheeda bagaimanapun tetap mesra melayan pihak media yang menyapa dirinya.
Mula berkongsi cerita, kata Waheeda dia mula memakai niqab dua hari selepas mengadakan majlis persandingan di sebelah keluarga Akhil di Gopeng, Perak. Paling pasti, ia dilakukan atas kemahuan sendiri untuk berubah sambil mengikut sunah seperti dibuat oleh isteri para Nabi.
"Ibu bapa saya sebelum ini menasihati agar tidak melakukan perubahan secara drastik apatah lagi tiada mana-mana ahli keluarga rapat yang memakai niqab. Begitupun, sebaik saja sah bergelar isteri Akhil, saya berbincang dengan suami yang sudah menjadi ketua keluarga.
"Alhamdulillah, seperti biasa, suami menyokong kemahuan saya. Terus-terang, suami tidak pernah memaksa saya. Kini, selepas setahun berniqab, saya menjadi lebih tenang. Berpurdah sebaliknya tidak menghalang saya untuk terus menggayakan pakaian mengikut fesyen semasa," jelasnya yang bergelar ibu segera kepada Siti Numaisarah, 13, dan Muhd. Sharif Hidayatullah, 12.
Pada waktu sama, Waheeda turut menyangkal dakwaan dia cuba melarikan diri daripada khalayak dengan mengubah penampilan baru. Akuinya, dia masih menjalani kehidupan seperti biasa. Bezanya, dia sekarang tidak lagi bergiat dalam bidang seni kerana tiada lebih membahagiakan apabila dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluarga.
"Sebelum ini saya pernah buat kenyataan bahawa sebaik saja menjadi isteri, saya akan bersara dari bidang glamor ini. Hari ini saya datang pada majlis Astro sebab menuruti permintaan suami yang mahukan saya menemaninya," jelas Waheeda yang mula menjinakkan diri sebagai usahawan menjual pakaian muslimah menerusi laman web http://arum-abaya.blogspot.com/.
Ramadan yang menjengah ini, jelas Waheeda, dia cukup teruja kerana dapat bersahur dengan suami dan dua anak Akhil. Momen indah menyediakan hidangan untuk sahur dan berbuka puasa begitu dinantikan oleh wanita terkenal dengan sikap peramah ini.
"Kalau bercakap tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri, saya akan menziarah keluarga di Johor Bahru, Johor. Dua hari kemudian, barulah saya akan berkunjung je Gopeng untuk berhari raya bersama famili sebelah Akhil pula," kata Waheeda.
Sebelum beredar, Akhil yang setia di sisi isterinya pula mencelah: "Saya bersyukur kerana kehidupan kami berjalan lancar selepas bernikah. Bagai menjadi kebiasaan, dalam rumah tangga pasti ada turun dan naiknya. Justeru, kematangan diri paling penting untuk memastikan keharmonian perhubungan ini."
Labels: Akhil Hayy, Waheeda
Tak pernah jumpa ibu bapa
MENGIKAT cinta selama empat tahun, hubungan antara aktor Fizz Fairuz dan aktres, Almy Nadia bukan lagi satu rahsia. Dalam jangkamasa itu, mereka pernah dikhabarkan berpisah dan juga sudah bertunang.
Itu semua cuma sebaran berita palsu. Bertemu dengan dua figura itu pada majlis pelancaran portal wap Skodeng Artis baru-baru ini, pasangan itu yang kelihatan mesra mengakui mereka sering berbual mengenai perkahwinan.
Namun, apabila ditanya tarikh atau perancangan untuk berkahwin, Fizz dalam tawa kecil memberitahu dirinya belum bersedia 100 peratus. Baginya, banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum mendirikan rumah tangga.
Kata Fizz, dia mahu sediakan payung sebelum hujan. Maka, sebelum jejaka itu dapat menyediakan kehidupan senang kepada bakal isterinya, dia tidak akan berkahwin. "Kahwin? Mungkin bulan Disember tetapi tidak tahu tahun bila.
Memang dalam tempoh percintaan ini kami sering berbual pasal perkahwinan.
"Sebenarnya saya sendiri belum yakin untuk melangkah ke alam perkahwinan. Sebelum mempunyai keyakinan secukupnya, bagaimana saya boleh menjaga orang lain? Buat masa ini saya cuma ada persediaan sebanyak 50 peratus sahaja," ujar Fizz di sisi Almy
Almy hanya tersenyum mendengar jawapan Fizz tanpa berkata-kata. Walaupun hubungan mereka dilihat stabil, pasangan itu sebenarnya jarang melawat kampung masing-masing terutama semasa menyambut hari raya.
Ini kerana keluarga Almy percaya ia bukan satu petanda baik selagi mereka belum membina keluarga bersama. Akui Fizz, 31, dia tidak pernah beraya di rumah Almy di Pulau Pinang. Almy, 24, juga pernah melawat rumahnya di Bentong, Pahang.
"Keluarga Fizz pernah mengajak saya beraya di rumah mereka. Tetapi keluarga saya mempunyai kepercayaan, jangan tonjolkan diri pada keluarga teman lelaki sebelum mempunyai ikatan sah. Pada keluarga saya, sebelum kahwin kami berdua hanya perlu beraya di keluarga masing-masing," jelas Almy.
Merupakan anak sulung kepada empat adik-beradik, Almy sering berbelanja untuk membeli pakaian raya untuk adik-adiknya. Dia akan balik seminggu sebelum raya kerana mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya.
"Rumah kami sangat meriah pada raya pertama. Bukannya meriah dengan jumlah orang di dalam rumah tetapi dengan makanan. Rasanya lebih 20 juadah akan disediakan pada raya pertama," katanya yang baru sahaja menghabiskan rakaman siri Hantu Malam Raya dan Arca Cinta.
Bagi Fizz yang baru selesai tugasnya untuk produksi filem Nur Kasih, dia tidak mempunyai banyak aktiviti sepanjang bulan puasa ini. Selain terlibat dengan rakaman siri Nujum Cyber untuk siaran RTM, dia juga menyertai aktiviti sahur serta berbuka puasa bersama anak yatim.
"Kalau Almy selalu sibuk dengan penggambaran pada bulan puasa, saya pula sebaliknya. Namun, saya hanya akan balik kampung di Bentong dua hari sebelum raya. Kemudian saya akan beraya di Raub (sebelah bapa). Cuma saya tidak pasti berapa lama saya akan bercuti. Semuanya bergantung sama ada saya akan terlibat dalam mana-mana rakaman program raya," kata Fizz.
Sungguhpun mereka sudah lama terlibat dalam dunia lakonan, namun, pasangan itu hanya pernah terlibat dalam dua produksi bersama. Siri itu, Persepsi dan Jangan Bunuh Matahariku.
Kata Almy, dia pada mulanya berasa kekok untuk berlakon sama. Namun, jika diberi peluang pada masa akan datang, dia akan melakukan yang terbaik. Sebelum menerima projek bersama, mereka bagaimanapun terlibat sama dalam portal wap Skodeng Artis.
"Menyertai portal ini membolehkan lebih ramai peminat mengenali kami sebagai artis dengan hanya menggunakan telefon. Mereka akan mengetahui jadual seni kami tetapi bukannya benda peribadi.
"Portal ini bukannya untuk mengetahui gosip atau benda peribadi. Jadi saya tidak takut akan dieksplotasi. Itu semua sebahagian daripada publisiti. Kalau takut sangat, jangan jadi artis," ujar Fizz sambil disokong Almy.
Selain mendapat pendapatan daripada portal itu, Fizz juga memiliki sebuah restoran makanan laut di kampungnya. Terletak di Ketari, Bentong, restoran itu diberi nama Nur Kasih sudah beroperasi selama dua bulan.
"Pembukaan restoran itu sebenarnya idea daripada keluarga saya. Kami mempunyai sebidang tanah terbiar yang merupakan tapak strategik berdekatan dengan lebuh raya Kuala Lumpur - Kelantan. Jadi kami mengambil keputusan untuk membuka restoran. Setakat ini perniagaan amat memberangsangkan," kata Fizz yang gemar memasak.
Labels: Almy Nadia, Fizz Fairuz
Jonas Brothers
Jonas Brothers adalah band pop/rock dari Amerika Serikat yang beranggotakan tiga bersaudara Kevin, Joe, dan Nick Jonas. Mereka telah merilis 4 album, It's About Time, Jonas Brothers, " A Little Bit Longer", dan " Lines Vines and Trying Times".
Awal Pembentukannya adalah Sebelumnya, Jonas Brothers adalah proyek solo anggota band yang paling muda, Nicholas Jonas. Sejak kecil, ia berakting di beberapa pertunjukan teater. Dia pernah menyanyikan lagu berjudul Dear God, yang cepat menjadi hit. Eksekutif Columbia Records mendengar lagu tersebut, dan sangat menyukai suara Nick. Kemudian, Nick menanda tangani kontrak dengan perusahaan tersebut. Tetapi, setelah eksekutif Columbia Records mengetahui bahwa dia memiliki kakak - kakak yang berbakat dalam musik, sang eksekutif menyuruh mereka menyanyikan salah satu lagu mereka. Karena dia menyukainya, maka kakak beradik Jonas menanda tangani kontrak untuk album mereka yang pertama, It's About Time.
Setelah bergabung dengan Columbia, mereka langsung memutuskan nama band, sebelumnya Sons of Jonas, tapi mereka memilih Jonas Brothers. Selama tahun 2005, mereka antara lain menjadi pembuka untuk konser Kelly Clarkson, The Click Five, dan The Veronicas.
Mereka merilis album mereka, It's About Time pada tanggal 8 Agustus 2006. Dalam album itu, mereka menyanyikan 2 lagu dari band Inggris, Busted, yakni "Year 3000" dan "What I Go To School For". Columbia Records mulai tidak tertarik untuk mempromosikan band tersebut, sehingga Jonas Brothers berpikiran untuk berganti label. Singel pertama album tersebut adalah "Mandy", lagu tentang mantan pacar dan sahabat vokalis band, Joe Jonas. Musik video untuk lagu tersebut ada 4 buah, 3 buah menjadi cerita bersambung, 1 buah khusus untuk Yahoo. Musik video tersebut menjadi favorit, dan segera menduduki peringkat ke 4 di TRL. Jonas Brothers juga menyanyikan lagu tema serial TV American Dragon: Jake Long. Singel kedua mereka, "Year 3000" menjadi favorit di Radio Disney.
Band ini akhirnya membatalkan kontrak dengan Columbia pada awal 2007.
Jonas Brother (2007 - sekarang)
Band tersebut beralih dari Columbia ke Hollywood Records. Kira - kira, pada waktu yang bersamaan, mereka membintangi iklan televisi Baby Bottle Pop dan menyanyikan 2 lagu untuk 2 album yang berbeda, yakni Kids of the Future dan I Wanna Be Like You. Album mereka yang berjudul Jonas Brothers(album) dirilis pada tanggal 7 Agustus 2007. singel pertama mereka, "Hold On", dan singel kedua mereka "S.O.S.". Singel S.O.S. adalah singel mereka yang paling dikenal orang.
Mereka juga mulai membuat beberapa penampilan sebagai bintang tamu di Hannah Montana. Mereka juga tampil dalam acara Miss Teen USA 2007. Mereka juga menyanyi dalam penutupan Disney Channel Games dan menyanyi di AMA. Penampilan terakhir mereka pada tahun 2007 adalah di Dirk Clark's Rockin' New Years Eve.
Mereka juga dinominasikan dalam Grammy 2009 dan tampil disana bersama Stevie Wonder.
Tour Best of Both Worlds
Mereka menjadi pembuka utama dalam Tur Best of Both Worlds. Mereka juga membintangi Hannah Montana and Miley Cyrus: Best of Both Worlds Concert, dimana mereka menyanyikan singel baru "When You Look Me In The Eyes", hit mereka "Year 3000", dan duet mereka dengan Miley Cyrus, "We Got The Party".
Anggota
Joseph Adam Jonas/Joe Jonas (lahir: Arizona, 15 Agustus 1989) - vokalis utama, tamborin, dan gitar di lagu "A Little Bit Longer"
Paul Kevin Jonas Jr./Kevin Jonas (lahir: New Jersey, 5 November 1987) - gitar dan vokal latar.
Nicholas Jerry Jonas/Nick Jonas (lahir: Texas, 16 September 1992) - vokalis, gitar, piano (When You Look Me In The Eyes, A Little Bit Longer), drum (Australia).
John Taylor - gitar
Greg Garbowsky - bass gitar
Jack Lawless - drums
Kevin, Joe dan Nick juga mempunyai adik laki-laki yang masih kecil, bernama Franklin Nathaniel Jonas, yang ingin bergabung kalau sudah besar nanti.
Credit:http://cicichubby.blogspot.com/2009/10/jonas-brothers-biodata.html
Labels: Jonas Brothers
Paris mahu buka hotel
SOSIALIT, Paris Hilton mahu mengikut langkah moyangnya membuka rangkaian hotel. Moyang Paris, Conrad Hilton merupakan pengasas rangkaian Hotel Hilton.
Paris percaya dia memerlukan cabaran baru dalam kariernya selepas terlibat dalam program realiti TV, merakamkan lagu, memiliki jenama minyak wangi, menjadi pelakon serta mempunyai jenama pakaian sendiri.
Katanya kepada laman web FOXNews.com: "Saya telah mencuba banyak benda dan dalam masa terdekat mahu terlibat dalam perniagaan seperti keluarga saya. Ia selalu menjadi sesuatu yang diminati saya, iaitu membuka hotel sendiri."
Selain mendapatkan nasihat daripada keluarganya, Paris juga banyak berbincang tentang bisnes perhotelan dengan teman lelaki terbarunya, Cy Watts.
Jelitawan itu dilihat intim dengan Cy yang merupakan pemilik sebuah kelab malam di Las Vegas.
Paris dan Cy tidak dapat berpisah semasa Paris sedang menjalankan rakaman iklan untuk minuman bir Devassa di Long Beach, California.
Sumber memberitahui: "Paris dan Cy dilihat sedang menikmati masa berkualiti bersama-sama. Hubungan itu masih baru tetapi mereka berdua tidak takut untuk menunjukkan perasaan mereka kepada orang luar."
Labels: Paris Hilton
Komen selepas raya
DIA jarang terbabit dengan kontroversi. Namun, gara-gara menghilangkan diri daripada lokasi penggambaran sitkom raya Kampung Prima Sebabak 105 baru-baru ini, profesionalisme Farid Kamil sebagai seorang pelakon kini dipersoalkan.
Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, rakaman sitkom itu sepatutnya turut disertai oleh Farid, namun disebabkan Farid yang tiba-tiba menghilangkan diri ketika sesi penggambaran telah memaksa pihak produksi menukar skrip sitkom tersebut.
"Pada sebelah siang dia ada di lokasi tetapi apabila tiba waktu rakaman pada sebelah malam dia menghilangkan diri. Jadi, kami terpaksa batalkan wataknya dan menukar skrip sitkom tersebut.
"Saya kecewa dengan apa yang terjadi. Apa pun saya tidak boleh membuat sebarang andaian, mungkin dia ada sebab tersendiri. Selama ini Farid tidak pernah buat sebarang masalah, ini kali pertama," ujarnya.
Farid Kamil yang ditemui pada penggambaran telefilem 7 Lagu di Shah Alam baru-baru ini enggan memanjangkan isu tersebut dan menyatakan sampai masanya dia dan pihak pengurusan MIG akan menjelaskan apa yang berlaku.
"Setakat ini saya enggan komen. Tunggu selepas raya nanti, saya dan pihak pengurusan akan membuat penjelasan," katanya.
Namun adakah ia mempunyai kaitan dengan jadual kerjanya yang padat? Biar apa pun, jadual lakonan yang padat menandakan Farid Kamil antara pelakon terhangat di pasaran. Namun, dalam memenuhi tanggungjawab terhadap tawaran yang diterima, dia sebenarnya sudah lama tidak pulang ke kampung halamannya.
Justeru dia berharap ada peluang buatnya pulang ke Alor Setar, Kedah pada bulan puasa ini. "Sudah setengah tahun sebenarnya saya tidak pulang ke kampung. Jadi kalau boleh saya mahu pulang selama sebulan," kata Farid.
Selain kerana sudah lama tidak pulang melawat keluarganya, Farid juga mahu menjaga ibunya yang sedang sakit di kampung.
"Ibu saya sedang sakit sekarang. Dia menghidap penyakit kulit. Namun, pada awal bulan puasa nanti saya ada penggambaran telefilem.
"Maka, hanya selepas penggambaran itu saya akan pulang," jelasnya yang mengamalkan puasa secara sederhana.
Selain lambakan filem yang dijayakannya, ada sebabnya kenapa dia menerima watak Kasyah dalam siri TV Legenda Budak Setan (LBS) walaupun kesemua pelakon lain yang berganding bersamanya dalam versi filem tidak menyertai produksi kali ini.
Farid pada mulanya pernah terfikir untuk tidak menerima tawaran itu. Namun, melihat kejayaan filem LBS yang ditayangkan Jun lalu, Farid yakin karya tersebut telah meninggalkan kesan mendalam kepada setiap audiens.
Menurutnya lagi: "Sebenarnya saya sendiri tidak pernah terfikir untuk berlakon dalam siri TV LBS, sebab saya rasa tidak ada kepentingan dan keinginan.
"Ini kerana karyanya amat berat serta memerlukan komitmen tinggi. Tapi kejayaan filem LBS membuatkan saya percaya bahawa dramanya juga akan mencipta sejarah tersendiri," ujar Farid ketika ditemui pada sidang media mempromosikan drama tersebut.
Mengakui penglibatan dalam drama lebih sukar berbanding filemnya, Farid bagaimanapun tidak berasa keliru dengan wataknya. Malah, dia mengakui lebih berpuas hati dengan skrip drama kerana lebih mendalam dan terperinci.
"Penglibatan kali ini lebih berat disebabkan faktor durasi kerana saya jarang berlakon dalam drama. Jadi untuk mengekalkan mood itu, saya memerlukan bantuan daripada pengarah, Along Kamarudin. Namun, isinya yang lebih terperinci berbanding filem membuatkan saya lebih puas.
"Sebelum berlakon LBS versi filem, saya sudah membaca novelnya. Jadi apabila mendapat skrip drama, ia seperti membaca novelnya sekali lagi. Jadi dari segi pemahaman watak itu tidak menjadi sebarang masalah," tambah Farid yang sedang menjalani penggambaran sebuah filem baru arahan Mamat Khalid.
Kerja lebih keras
Menjalani penggambaran di sekitar Seremban, Port Dickson dan Kuala Lumpur, drama 26 episod itu sudah selesai dirakamkan. Jika LBS versi filem menggandingkan Farid dengan Lisa Surihani (bagi watak Ayu) yang sudah banyak bergandingannya dengannya dalam filem, namun LBS versi layar kaca sebaliknya memerlukan Farid berlakon di samping pendatang pendatang baru, Maslina Nasir.
Justeru, Farid dan Maslina memerlukan sedikit masa bagi membentuk keserasian antara mereka.
"Dalam versi drama, hanya tinggal saya seorang sahaja yang merupakan pelakon filemnya. Jadi saya perlu bekerja lebih keras dalam menyesuaikan diri. Keserasian dengan Maslina pula dibentuk selepas seminggu kami bekerjasama. Dia merupakan pelakon baru yang boleh digilap dan skrip juga banyak membantu kami," jelasnya lagi.
Selain Maslina yang memegang watak Ayu, siri LBS turut dijayakan oleh Jue Aziz (Emilia), Melissa Maureen Rizal (Katerina) dan Nas T (Azmi).
Bagi Maslina yang sebelum ini hanya menjayakan watak samping dalam drama seperti Kasut Tumit Tinggi serta Akademi Polis musim kelima, dia tidak menyangka dirinya akan terlibat dalam produksi LBS.
"Kawan saya yang memberitahu saya bahawa ada drama yang memerlukan pelakon dan saya terus menghantar gambar saya. Ketika itu saya tidak tahu bahawa itu merupakan drama LBS. Selepas itu, saya dipanggil untuk uji bakat dan berjaya," kata Maslina yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan.
Berusia 20 tahun, minat dalam lakonan telah membuatkan Maslina terus cuba berlakon selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia juga pernah mencuba nasib untuk program realiti Pilih Kasih tetapi tidak berjaya.
Memandangkan pertama kali menjiwai watak utama, Maslina yang akan muncul dalam episod 1 hingga 16 juga membaca novel LBS sebelum ke set penggambaran.
"Ayu seorang gadis lembut yang tegas. Pada mulanya saya berdepan dengan kesukaran untuk memainkan watak itu. Tapi penghayatan skrip dengan pertolongan pengarah banyak membantu saya," jelas Maslina yang mengagumi bakat Erra Fazira.
Berharap menerusi drama LBS audiens akan mula mengenalinya, Maslina menyatakan dirinya amat gementar setiap kali berlakon dengan Farid.
"Sebenarnya sehingga hari terakhir saya berasa gementar apabila berlakon dengan Farid. Saya tahu penonton akan membandingkan saya dengan Lisa.
"Saya terima sebarang kritikan dengan hati terbuka kerana ia akan membantu karier saya. Kalau boleh saya memang mahu berlakon lagi dan dengan komen serta kritikan, saya akan memperbaiki."
Labels: Farid Kamil
Kareena dikritik ada selulit
ZAMAN tubuh bersaiz kosong atau dalam erti lain kurus kering bagi aktres tinggi lampai, Kareena Kapoor sudah berlalu. Baru-baru ini, Kareena dilihat mendedahkan selulit pada pahanya.
Ketika itu dia sedang duduk di sebuah acara pelancaran sebuah majalah di Mumbai dengan menyilangkan kakinya.
Perkara yang mungkin memalukan dan tidak disedari Kareena itu terjadi dua bulan selepas perkara sama terjadi - sebanyak dua kali iaitu pada pelancaran buku berdasarkan lakon layar filem 3 Idiots pada 7 Jun dan pelancaran sebuah majalah di Sri Lanka.
Biarpun pakar kesihatan tidak menggalakkan wanita memiliki tubuh bersaiz kosong, namun peminat-peminat Kareena bagaimanapun kecewa dengan berita aktres kesayangan mereka itu mempunyai selulit pada pahanya itu.
Seorang peminat Kareena menulis dalam blog fesyen Pinkvilla.com yang berbunyi: "Cuba tengok selulit pada bahagian paha Kareena Kapoor.
"Dia sepatutnya duduk sambil menyembunyikannya. Selulit sepatutnya tidak terdapat pada tubuh wanita yang mendakwa mengamalkan yoga untuk kesihatan."
Labels: Kareena Kapoor
'Labah-labah' dalam lokap
GEROMBOLAN semut, lipas dan serangga kecil berbentuk seperti kala jengking. Hanya itulah antara benda-benda hidup yang menemani Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dia terpaksa tidur semalaman di lokap Balai Polis Pandan Indah, Kuala Lumpur pada malam Jumaat lepas.
Penerbit filem kontroversi berusia 51 tahun itu ditahan di lokap tersebut atas dakwaan polis mempunyai waran tangkap ke atasnya daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran Raja Azmi tidak hadir satu perbicaraan pada 21 Julai lalu berhubung satu kes tuntutan jual beli tanah beberapa tahun lalu.
“Ia merupakan suatu pengalaman pedih,” luah Raja Azmi yang dihubungi menerusi panggilan telefon. Kala itu terdengar suara tangisannya menandakan emosi kesedihannya yang amat sangat impak pengalaman hitam ditahan di lokap masih belum reda sepenuhnya.
Memperincikan detik-detik berada dalam lokap itu, figura yang cukup sinonim dengan labah-labah itu menjelaskan dia pada mulanya ditahan di lokap bersama dua wanita lain.
“Selepas 15 minit kemudian, barulah Kak Mi dipindahkan ke lokap individu. Sebaik melangkah masuk, Kak Mi dapat merasakan betapa keadaan di dalamnya sangat sejuk.
“Apatah lagi ketika itu Kak Mi hanya memakai baju penjara berwarna ungu cair. Kain sutera yang sebelum ini disarung oleh Kak Mi dibenarkan terus memakainya, tapi kainnya sangat nipis, sudah pasti tidak dapat menahan kesejukan dalam lokap itu,” ujar isteri bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek,46, itu.
Tambah Raja Azmi: “Apatah lagi ketika itu Kak Mi dengar hujan turun dengan lebatnya di luar lokap, justeru kesejukan daripada hujan yang turun menderu itu masuk ke dalam lokap menerusi jaringan tingkap lokap tersebut.
“Selain sejuk, simennya pula licin, ada satu mangkuk tandas, tapi ruangan tandas diasingkan oleh penghadang batu-bata. Tiada katil, tilam, bantal mahupun selimut.
“Apa yang dapat Kak Mi rasakan semuanya sejuk. Berdiri sejuk, menyandar pun sejuk, apatah lagi duduk.”
Menurut Raja Azmi, sebenarnya lokap yang menempatkan dirinya itu berada di bahagian dalam selepas perlu melalui empat pintu besi.
“Namun, Kak Mi cuba tenangkan fikiran dan kuatkan semangat dan menerima apa yang dialami itu adalah ujian Allah terhadap Kak Mi, apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini,” luahnya.
Bercerita mengenai pengalamannya berbuka puasa di lokap, Raja Azmi memberitahu: “Dalam 10 minit berada dalam lokap itu, tiba waktu berbuka puasa, Kak Mi diberikan nasi, sup ayam, sayur rebus dan air sirap - semuanya dalam plastik serta sebiji roti bulat.
“Alhamdulillah selepas makan, Kak Mi rasa okey dan bertenaga sikit. Dan Kak Mi bersyukur, Kak Mi boleh dengar dengan jelas suara azan dilaungkan di luar lokap tersebut.
“Selepas habis berbuka Kak Mi solat Maghrib, biarpun tanpa telekung sembahyang, Kak Mi tetap solat dengan menggunakan tuala kecil yang diberikan polis sebagai sejadah. Kiblat Kak Mi tak pasti tetapi Kak Mi solat membelakangi mangkuk tandas tersebut.”
Solat tarawih
Dalam pada itu air mata raja Azmi terus mengalir laju, “Sementara menunggu waktu Isyak, sambil menangis, Kak Mi tidak putus-putus berdoa semoga suami Kak Mi, Abang Jack (Jalani) dapat menjamin keluar Kak Mi daripada lokap pada malam itu juga. Tapi tunggu punya tunggu tiada apa-apa perkembangan. Justeru, selepas terdengar azan Isyak, Kak Mi pun solat sebelum menunaikan solat tarawih,” cerita Raja Azmi.
Tidak sempat menghabiskan solat tarawih, dia tiba-tiba diserang migrain. “Kak Mi memang ada penyakit migrain, kena makan ubat. Sebab itu, Kak Mi pun terus beritahu pegawai lokap itu bahawa Kak Mi mahu menelefon Abang Jack supaya bawa ubat untuk Kak Mi. Sebelum itu, Kak Mi kata, ‘kenal tak saya, saya ni isteri Jalani Sidek’. Pegawai penjara memberitahu dia kenal siapa Kak Mi tapi masalahnya disebabkan emosi Kak Mi ketika itu tak stabil, Kak Mi tidak berapa ingat nombor telefon bimbit Abang Jack. Kak Min bagi beberapa nombor.
“Nasib baik polis dapat menghubungi Abang Jack. Itupun pada pukul 4.15 pagi, lalu dia pun menyuruh adik angkat kami, Roslin Hashim menghantar ubat kepada saya di lokap kerana Roslin yang tahu jalan ke sini, ” tuturnya.
Kata Raja Azmi, ubat itu hanya dihantar pada pukul 4.45 pagi. “Bagi sakit migrain, Kak Mi makan dua jenis ubat- dua biji bagi setiap jenis.”
“Sebelum dapat ubat itu, Kak Mi memang tidak boleh tidur. Sudahlah sejuk di lantai banyak semut dan serangga kecil yang berbentuk seperti kala jengking, serta lipas-lipas berkeliaran dalam mangkuk tandas.
“Namun, akibat keletihan Kak Mi terlelap seketika tetapi macam tidur-tidur ayam sebelum dikejutkan untuk mengambil ubat migrain Kak Mi itu,” katanya.
Sejurus selepas itu, tiba masa untuk bersahur. “Kak Mi diberikan nasi, kari ayam, sup sayur dan teh O panas,” beritahunya.
Tambahnya: “Kemudian Kak Mi diberikan sabun mandi kecil, ubat dan berus gigi serta baju sutera Kak Mi semula untuk hadir ke mahkamah.”
Ketika keluar dari Balai Polis Pandan Indah itu, Raja Azmi tidak menyangka ramai jurugambar dan wartawan sedang menunggu dirinya.
“Ketika foto saya diambil dalam kereta polis untuk ke mahkamah itu, saya kelihatan seperti menutup muka kerana malu, tetapi ia tidak benar. Kak Mi sebenarnya sedang memicit kepala kerana masih diserang migrain,” ujarnya.
Labels: Raja Azmi
Luahan Jalani, Roslin
“Isteri saya hanya mampu menangis sepanjang satu malam berada di lokap,” ujar Jalani Sidek, suami Raja Azmi Raja Sulaiman ketika menceritakan mengenai pengalaman tragis isterinya yang terpaksa bermalam di lokap Balai Polis Bukit Indah pada malam Jumaat lepas.
Berkongsi cerita tentang perasaannya ketika mula-mula mendapat tahu isterinya itu ditahan polis pada Khamis, 19 Ogos lalu di lokap balai polis tersebut, Jalani mengakui dia sememangnya terkejut besar.
Kejadian itu berlaku sejurus selepas Raja Azmi dan Roslin Hashim dengan ditemani seorang rakan baik keluarga Jalani, Kamilzaman Jamil pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ampang, Selangor bagi membuat laporan polis berhubung isu dakwaan Raja Azmi dan Roslin difitnah oleh bekas isteri Roslin, Nurhayati Othman.
Nurhayati sebelum itu membuat pernyataan mahkamah mendakwa Roslin dan Raja Azmi berdua-duaan di bilik bernombor 533 di Hotel Corus, Ampang pada 7 Ogos lalu.
“Pada pukul 5 petang Khamis itu, dia memberitahu saya dia akan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah, tapi masa itu saya tidak diberitahu dia akan dipenjarakan. Tapi pada pukul 7 malam, dia menelefon saya memberitahu dia akan dipenjarakan di balai polis tersebut,” ceritanya kepada Kosmo!.
Jalani sempat menenangkan Raja Azmi dan memberitahu dia akan mengikat jamin isterinya itu untuk keluar dari lokap tersebut.
“Namun, isteri saya bukan sahaja gagal diikat jamin, tetapi saya sendiri tidak berpeluang bertemu dengannya sehinggalah pada pagi keesokan harinya semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” tegasnya lagi.
Meluahkan kekesalannya kerana isterinya itu difitnah sebagai punca perceraian Roslin dan Nurhayati, Jalani lantas menggesa agar Roslin membersihkan nama isterinya itu.
Nurhayati berubah selepas kahwin
Jalani dan Roslin. Dua lelaki ini mempunyai hubungan yang rapat dengan diri Raja Azmi - suatu nama tersohor dalam dunia perfileman yang cukup sinonim dengan kontroversi. Seorang merupakan suami dan seorang lagi sudah dianggapnya sebagai adik kandung.
Kedua-dua Jalani dan Roslin mempunyai persamaan. Jalani merupakan bekas jaguh badminton negara sementara Roslin pula dikenali sebagai jaguh badminton negara. Namun, ramai yang tidak memahami hubungan keakraban antara ketiga-tiga mereka, khususnya antara Raja Azmi dan Roslin.
Roslin dalam pengakuannya kepada Kosmo! menegaskan dia sendiri agak terkilan apabila Raja Azmi yang dianggap sebagai ahli keluarganya itu difitnah mempunyai hubungan sulit dengan dirinya, sekali gus dituduh sebagai punca perceraiannya dengan Nurhayati.
“Impak daripada pernyataan mahkamah Nurhayati, reputasi saya dan Kak Mi di mata umum sudah tercalar dan ke mana-mana kami pergi, pastinya mereka tertanya-tanya betul ke Kak Mi dan saya buat hubungan sulit,” tutur Roslin yang memanggil Raja Azmi dengan panggilan Kak Mi dan Jalani dengan nama ringkas, Abang Jack.
Tambahnya: “Saya dengan Kak Mi tidak ada hubungan sulit. Kami rapat sebagai ahli keluarga. Sebelum saya mengahwini Nurhayati pada 9 Julai tahun ini, dia juga sudah mengetahui betapa saya dan Kak Mi akrab.”
Menurutnya, Raja Azmi yang memperkenalkan dirinya dengan Nurhayati pada Januari tahun ini. “Justeru dalam tempoh perkenalan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Nurhayati, dia telah melihat bagaimana hubungan keakraban saya dengan Kak Mi. Ketika itu dia kelihatan boleh menerimanya dengan hati terbuka.
“Namun, yang saya pelik beberapa hari selepas berkahwin, Nurhayati mula menunjukkan perasaan cemburunya terhadap saya dan Kak Mi, padahal sebelum kami berkahwin, dia pun sangat rapat dengan Kak Mi,” luahnya.
“Apa yang saya sangat kesalkan sehingga sanggup menceraikannya ialah apabila dia seolah-olah mengintip pergerakan saya dan Kak Mi.
“Kalau tidak mana dia tahu kami pergi menunggang kuda dan makan durian di Kem Isi Rimba di Kemensah, Hulu Klang sebelum saya menemani Kak Mi untuk membuat check-in di Hotel Corus, di Ampang sebagai lokasi pertemuan seorang rakan Abang Jack daripada Johor yang akan berjumpa kami semua di situ,” jelasnya.
Menurutnya lagi: “Sedangkan saya ada beritahu dia pada kira-kira pukul 3.30 petang, saya akan menemani Kak Mi untuk perasmian Kelab Kuda di Kem Isi Rimba kerana sepatutnya Abang Jack dan Misbun merasmikan acara tersebut tetapi disebabkan kedua-duanya tidak berkesempatan hadir, justeru kami berdua menggantikan mereka.
“Selepas itu pada pukul 7 malam saya menemani Kak Mi ke Hotel Corus dan hanya Kak Mi yang masuk ke hotel itu tapi saya menunggu Abang Jack dan rakannya itu yang dijadualkan bakal tiba di situ sejam kemudian, di luar hotel itu.”
Ungkapnya lagi: “Sehinggalah apabila saya mendapat panggilan Abang Jack mengatakan dia menerima panggilan telefon daripada Nurhayati dan keluarganya yang mengajak Abang Jack kononnya untuk ‘menangkap’ saya berdua-duaan dengan Kak Mi di bilik hotel tersebut. Sedangkan ketika mereka semua masuk ke bilik itu, saya sememangnya berada di luar hotel tersebut dan hanya menemui mereka selepas itu.
“Apabila saya mendapat tahu Nurhayati mengetahui dengan terperinci segala kegiatan saya pada hari tersebut, saya berasa sangat marah kerana bagi saya dia tidak lagi percayakan saya dan sanggup membuat intipan, sehingga membuatkan saya terus menyebut perkataan cerai.”
Mengulas mengenai pernikahannya dengan Nurhayati yang hanya kekal selama 28 hari dan isterinya sebelum ini, Faizah Mohamad pada tahun lalu yang bertahan selama 12 hari, Roslin berkata: “Siapa yang mahu berkahwin dan bercerai dalam tempoh yang singkat banyak kali. Tapi saya menerimanya sebagai takdir dan percaya ada hikmah di sebaliknya.”
Justeru, adakah Roslin sudah serik berkahwin dan bagaimana pula hubungan dia dengan Raja Azmi dan Jalani?
“Kalau ditakdirkan ada jodoh, saya akan menerimanya. Hubungan saya dengan Kak Mi dan Abang Jack juga tidak berubah, malah jika sebelum ini saya tinggal bersama Nurhayati di sebuah kondo di Wangsa Maju, kini saya kembali tinggal bersama mereka di Ukay Perdana,” akuinya yang meminati wanita yang mempunyai pegangan agama yang kukuh.
Labels: Raja Azmi, Roslin Hashim, Skandal