Makanan punca Blake berlakon


AKTRES yang popular menerusi siri Gossip Girl, Blake Lively menyatakan sebab utama dia menjadi aktres adalah kerana dia mahu mendapatkan makanan percuma. Dia juga mengaku bahawa dirinya menyukai layanan yang diterima semasa berada di lokasi penggambaran.

Itu juga menjadi salah satu sebab mengapa dia mahu menceburi dunia lakonan. Blake yang lahir daripada keluarga pelakon memberitahu: “Saya tidak merasakan diri saya dibesarkan dengan persekitaran Hollywood.

“Memang saya ada melawat keluarga saya di set penggambaran dan menariknya saya dapat mencuba makanan percuma. Rasanya itu merupakan sebab utama mengapa saya menceburi bidang lakonan kerana ingin mendapatkan makanan percuma.”

Walaupun menjadi salah seorang bintang muda di Hollywood, aktres berusia 23 tahun itu mengaku bahawa dia sebenarnya seorang pemalu tetapi lebih yakin apabila kariernya bertambah baik.


Katanya kepada majalah Interview: “Saya sebenarnya seorang yang pemalu. Namun, berada dalam kelas lakonan telah membuatkan saya lebih yakin. Dengan lakonan, rasanya separuh daripadanya cuma berlakon untuk kelihatan yakin.

“Contohnya semasa berada di atas karpet merah danbergaya dengan gaun cantik, kami perlu kelihatan yakin. Bukannya kami rasa kami kelihatan cantik atau hebat tetapi keyakinan itu yang perlu ditonjolkan.”

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)