RENCANA Anang Hermansyah dan Syahrini untuk mengerjakan umrah pada Ramadan ini rupanya tidak dapat dilaksanakan. Tidak menjelaskan mengapa rencana tersebut tidak terlaksana, Anang sebaliknya memberitahu dia akan ke tanah suci Mekah menunaikan umrah selepas Aidilfitri. Namun katanya lagi, dia tidak akan pergi bersama Syahrini, tetapi merancang membawa anak dan ibunya sahaja.
"Ya, memang rencana membuat umrah pada bulan puasa ini telah saya tunda. Saya juga akan ke sana nanti selepas Aidilfitri atau paling lewat bulan Oktober nanti. Tapi saya pergi dengan keluarga, tak bawa Syahrini," kata Anang.
Walaupun tidak jadi menunaikan umrah, Anang tetap memberitahu dia akan bercuti dengan Syahrini. Kota pilihannya, Amerika Syarikat.
Katanya: "Tapi saya akan pergi dengan ibu sekali ke sana."
Sementara itu, Anang memberitahu dia dan dua anaknya, Aurel serta Azriel kini menyambut Ramadan bersama ibunya. "Ibu akan berada di Jakarta bersama kami sehingga Aidilfitri nanti.
"Sekarang setiap hari makanan sahur dan berbuka, ibu yang sediakan semua. Nasib baik ada ibu, sebab saya tak pandai masak. Kasihan kalau anak-anak harus makan mi segera sahaja," katanya lagi sambil ketawa.
Anang, batal umrah, ke Amerika
Labels: Anang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment