SELEBRITI dan ahli perniagaan terkenal Hollywood, Paris Hilton dilaporkan sedang mencari duta dari Asia untuk jenama pakaiannya yang akan dipasarkan di Asia.
Paris Hilton Fashions (PHF) baru-baru ini telah melamar aktres jelita untuk menjadi duta Asia untuk PHF. Nampaknya, Kangna merupakan pilihan pertama dan itu satu berita baik untuk dunia Bollywood.
Menurut sumber: "Jenama pakaian itu melambangkan stail Paris seperti riang, muda dan yakin. Kangna termasuk dalam senarai kerana hubungan rapatnya dengan fesyen. Dia antara aktres India yang paling bijak apabila tiba bab berfesyen serta berani mengambil risiko dengan mencuba pelbagai trend baru."
PHF dikatakan telah membuat kajian terlebih dahulu tentang Kangna termasuk filem, imej dan citarasanya dalam fesyen sebelum melamarnya sebagai duta mereka.
Lamaran itu dianggap tepat pada waktunya selepas dia berjaya dengan filem Once Upon A Time In Mumbaai.
Kata sumber itu lagi: "Bagaimanapun belum ada sebarang keputusan muktamad mengenai perkara itu. Jika Kangna bersetuju dengan kontrak yang diberikan, ia merupakan jenama antarabangsanya yang pertama."
Sebelum ini, Kangna telah menjadi duta pelbagai jenama pakaian termasuk sebuah jenama jeans terkenal , bagaimanapun ia hanya terhad untuk pasaran India sahaja.
Sehubungan itu, Kangna turut mendapat inspirasi untuk memulakan jenama pakaiannya sendiri yang menggambarkan pesona sebagai aktres dan seorang wanita India moden.
Kangna dilamar Paris Hilton!
Labels: Kangna, Paris Hilton
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment