Raja Azura Bagi Jawapan Isu Cerai


Raja Azura pengacara dan DJ Sinar Fm heboh diperkatakan nak bercerai dengan suaminya apabila dia dikatakan pergi ke Mahkamah untuk memfailkan perceraian. Raja Azura dalam sidang media di Astro hari ni dah bagi jawapan kepada media dan awam yang nak tahu sangat kenapa dia pergi ke Mahkamah tempoh hari.

Raja Azura, 38 tahun dah 9 tahun berkahwin dengan Adzmin Tan Sri Osman Arroff, 37 tahun, mereka ada tiga orang anak, Megat Muhammad Raziq,8, Megat Luqman Hakim,7 dan Puteri Mkia Maizurah,4. Katanya

biasalah hidup rumah tangga mesti ada selisih faham, jadi dia ke Mahkamah hanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling berkenaan masalah rumahtangga yang dihadapinya. Raja azura masih tinggal sebumbung dengan suaminya dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri seperti biasa.

Dia tak memberi ulasan sebelum ni kerana ingin mencari jawapan paling sesuai untuk media supaya nanti tidak ada pihak yang berkecik hati.

Harap harap rumahtangga Raja Azura dan suami terus kekal dan peminat sepatutnya mendoakan yang baik baik untuk mereka.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)