Minyak wangi Shakira


BAGAI mengikut jejak langkah teman selebriti lain, penyanyi Shakira kini bersedia dengan rangkaian jenama minyak wanginya sendiri.

"Bagi golongan wanita yang boleh merasakan 'aliran' haruman ini, mereka akan berasa tabah dan berdikari. Haruman ini khusus untuk mereka yang yakin diri," kata Sharika tentang minyak wanginya yang menggunakan jenama S by Shakira di pasaran.

Menurut pemenang Grammy ini, dia bekerjasama dengan Piug dalam menghasilkan haruman tersebut dengan memilih bauan yang tidak begitu menyengat tetapi mempunyai bauan sensual. Ramuan yang digunakan termasuklah bunga melor, kayu wangi dan beberapa intipati lain.

Kata Shakira: " Seperti lagu-lagu saya, saya mahu S by Shakira mempunyai ceritanya sendiri, unik dan bersifat peribadi. Ia juga adalah refleksi terbaik yang bersangkut dengan emosi sendiri.

S by Shakira dijangka berada di pasaran pada September ini dengan harga antara RM55 hingga RM110.

Dengan penuh semangat Shakira juga memberitahu minyak wangi keluarannya adalah satu permulaan sahaja dan khalayak akan dikejutkan dengan lebih banyak perkara yang tidak dijangka dilakukan olehnya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

3-column blogger templates(available in 4 different styles)